Skip to main content

Perang Dunia Ketiga Bakal Meletus?

   http://www.thestar.com/content/dam/thestar/news/world/2013/09/03/obama_gains_ground_on_push_for_congressional_approval_of_attack_on_syria/senate_looks_at_chemical_attack_photos.jpg.size.xxlarge.promo.jpg
Nasib rakyat Syria di tangan mereka?

Saudi & Turki Sokong Serang Syria? 

Keadaan perang saudara di Syria sudah berlanjutan lebih 22 bulan. Ribuan nyawa sudah terkorban. Bagaimanapun keadaan di sana semakin tegang sejak 21 Ogos selepas tentera rejim dan FSA yang disokong militan asing saling tuduh menuduh terhadap penggunaan serangan kimia hingga meragut ratusan nyawa di pinggir Damsyik. Susulan kejadian itu, beberapa negara Barat seperti Perancis dan United Kingdom bertindak segera berkempen untuk memulakan perang sekali gus melakukan campur tangan secara terang-terangan.

Tiga negara Timur Tengah, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Turki juga turut didakwa menyokong serangan ke atas Syria dan dengan sukarelanya menawarkan aset ketenteraan kepada Washington sekiranya berlaku perang di Syria. Sokongan itu dibuat untuk menggulingkan kerajaan Presiden Bashar Al-Assad sekali gus dilihat sebagai menyokong Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Perang Dunia Ketiga Bakal Meletus? 

Rusia dan Iran pula mengambil langkah yang berbeza. Mereka masih kukuh menyokong rejim Bashar sehingga kini. Dan kerajaan Syria sendiri dilaporkan berkata, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke Tiga. Mereka sudah cukup bersedia untuk mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas. Dan kita juga pasti sekiranya Syria diserang, maka banyak negara akan terlibat dan tidak mustahil perang Dunia ke Tiga berlaku.

p/s: Nampaknya ramai pemimpin dunia termasuk negara Arab hanya terfikir peperangan dapat menyelamatkan Syria. Kenapa Masyarakat Antarabangsa tidak menggunakan tekanan politik sebagai salah satu jalan penyelesaian? Nyawa ribuan umat Islam mungkin boleh diselamatkan.

Comments

  1. Sama2 la kita brdoa supya bnda2 mcm ni xbrlaku..

    ReplyDelete
  2. betul tu, peperangan bukanlah penyelesaian yang baik..

    ReplyDelete
  3. o...janganlah perang meletus...

    ReplyDelete
  4. boleh tak diaorang jangan fikir pasal perang dan fikir alternatif lain selain perang...tak suka lah perang... haihhh...

    ReplyDelete
  5. harap2 nyer takkan berlaku lah kan

    ReplyDelete
  6. takut nya kan dengan dunia sekarang ni yang memang menjurus kearah kehancuran :(

    ReplyDelete
  7. Kalau berlaku mmg dasyatla impact dia. Negara2 besar kebanyakan ada nuklear.

    ReplyDelete
  8. Aduii.. rosak semua klu perang tercetus ni. Ke mana haluan hidup kita semua rasanya kan. X dpt nk bayanglah sengsara.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  9. Semuanya adalah untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam...Harus diingat majoriti penduduk Syria fahaman sunnah waljamaah...itu matlamat sebenarnya dan kerana ia sempadan dengan Israel

    ReplyDelete
  10. takutnya. harap dapat selesai dgn cara baik hmm

    ReplyDelete
  11. subhanallah..xnk la bnda mcm ni berlaku..cnfirm ramai umat islam yg mati nnti =( knapalah xserang israel je..bab bom kimia 2..ambil la tindakan keatas rejim basyar je..xleh byg la kalau berperang juga..pasti ada tempiasnya..Allahurabbi..

    ReplyDelete
  12. Semoga ada jalan penyelesaiannaya

    ReplyDelete
  13. semuanya ada dlm pengetahuan Allah, kita xblh lwn qada' dan qadar..yang pasti kiamat makin hampir..wallahualam

    ReplyDelete
  14. Perang xboleh dielak ......ia tetap akan berlaku ......faktor nye adalah menukar geo politik dunia ....tu je......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat