Bayi Maut Di Hempap TV

ALOR SETAR – Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.

Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.
- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/01/budak-lelaki-maut-dihempap-tv.html#sthash.ihCM6kcH.dpuf
 ADLAN memangku jenazah Rabiatul Adawiyah sebelum dikebumikan

Bayi Maut Di Hempap TV

Awal tahun dulu sebuah keluarga di Alor Setar dikejutkan dengan kematian anak tunggalnya yang berusia 2 tahun apabila dihempap TV berukuran 29 inci diruang tamu rumahnya. Beliau meninggal kerana kecederaan parah dikepala dan dada.

Semalam kejadian yang sama berlaku lagi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut  selepas dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Bersatu Gombak.

Kejadian malang pada pukul 6.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain cuba untuk menekan butang pada televisyen tersebut sebelum ia terjatuh lalu menghempap mangsa.

Menceritakan kejadian itu Adlan, bapa mangsa berkata, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit jam 6.20 pagi sebelum dia ke tempat kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, 10 minit kemudian dia menerima panggilan telefon daripada pengasuh itu memberitahu kepala anak saya dihempap televisyen.

p/s: Pantasnya Kejadian berlakukan. Hanya dalam masa 10 minutes, seorang ayah telah kehilangan anaknya buat selama-lamanya..Takziah kepada keluarga mangsa. 

Comments

  1. kesiannya...salam tahziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  2. keisannya...takziah kpd keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  3. takziah buat keluarga mangsa...sedihnya alahai...

    ReplyDelete
  4. Sangat menyayat hati. Takziah kepada keluarganya.

    ReplyDelete
  5. takziah kepada keluarga mangsa.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. Allah.. kesianlah incident mcm ni.. speechless.. Al fatihah kpd mangsa & semoga keluarganya tabah & dikurniakan jalan yg terbaik dari Allah swt.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat