Harga Kereta Di Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia ?

 
 Vios Antara Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Harga Kereta Di Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia ?

LAPORAN The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia mungkin mengejutkan ramai. Kita sendiri tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini. Tetapi kenyataan ini mungkin ada benarnya kerana struktur cukai kereta yang terlalu tinggi di Malaysia, meyebabkan kita terpaksa membayar harga kereta lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Mengikut analisis yang diberikan sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.



RON95 Naik 20 Sen

Cukai Kereta Melebihi Subsidi Minyak?

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan
subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isi rumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan. Ini bermakna, kita terpaksa membayar cukai dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata. Pengiraan ini tidak termasuk bayaran Tol.

Jika analisis ini tepat, rasanya tidak adil bagi Rakyat Malaysia.  Mungkin tiba masanya Kerajaan melihat balik keseluruhan
kesan kedua-dua faktor ini, kerana 70% rakyat Malaysia menerima kesan kenaikan kedua-duanya secara lansung.

p/s: Mungkin ada juga yang berkata harga minyak kita lebih murah berbanding negara lain. Tapi mungkin juga ramai yang mungkin "Tidak Perasan" bahawa kita adalah di antara negara "Pengexsport Minyak" terbaik dunia. Ini bermakna kedudukan Malaysia adalah jauh lebih baik dari beberapa negara lain di Asia mahupun dunia.


Extract: Sinar Online

Comments

  1. Salam

    Di Thailand Harga minyak Ron 95 RM5.00 dan harga kereta sekadar 20% murah dari Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thailand dan malaysia di posisi yang berbeza Karlisa..Mungkin tak boleh buat comparison apple to apple..

      Delete
  2. dah ada komplen ttg harga kereta ni beberapa tahun dulu . sepatutnya kereta tempatan blh dijual dgn harga yg lbh murah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Vee..Sepatutnya memang lebih rendah..mungkin yang berkenaan kena tengok balik harga yang ditetapkan..

      Delete
  3. Cukai eksais ni asalnya untuk melindungi industri proton je.. harga kereta luar negara dikenakan cukai supaya orang ramai akan lebih memilih kereta tempatan. Sepatutnya cukai eksais hanya untuk industri yang baru berkembang je... tp proton ni dah berpuluh tahun dah... sepatutnya cukai tu kereta luar negara tu perlu diturunkan.. barulah setanding dan lebih berkembang sebab ada persaingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amirol...kadang-kadang kita mungkin tak perasan kerana takes things for granted...

      Delete
  4. nak tahu jugak yang menduduki tangga nombor 1 tu negara mana ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak dapat access The Edge tu..nanti kita carikan ya Dhia..

      Delete
  5. kita sbg pengeksport minyak dan kita juga pengimport minyak...setiap kenaikan harga minyak dunia..tetap akan beri kesan kepada kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ada kesan Noe..sebab tu kerajaan kena pilih salah satu...sebab rakyat kena tanggung dua-dua...

      Delete
  6. Negara kita ni duti eksais tinggi sangat, Kalau tak silap, utk tahun 2011, duti eksais kenderaan di Msia sekitar 65% - 105% ditambah pulak dengan cukai jualan 10%. Di Thailand, duti eksais diorang rendah rasanya tidak melebihi 60% (2011).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Sharqs..sebenarnya memang terlalu tinggi untuk kita..almost sekali ganda @ 100%. Even local car pun sebenarnya boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah..

      Delete
    2. Itula kan,.. susah nak kata bila berkaitan dengan dasar kerajaan ni,.. kalau diturunkan duti eksais tu,.. tak pasal2 plak komoditi lain akan naik..

      BTW, kita guna & pakai ikut kemampuan masing2 & jangan terlalu berlebih2. IMHO

      Delete
  7. Ya la ..sepatutnya kerajaan menurunkan lagi harga kereta...so banyak la orang beli kereta...contoh orang hairan kenapa orang beli kereta Perodua..mesti la harganya yang murah..

    ReplyDelete
  8. Betul lah tu..patutnya kerajaan kita kurangkan harga kereta...ni tidak tambah tahun..harga pun lebih kurang jer..tapi suruh beli kereta malaysia...perodua lagi mendapat pilihan kerana harga murah dan berbaloi....

    ReplyDelete
  9. mak ai. patut la kereta sume mahal2 >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Mad..struktur cukai kita perlu di review untuk lebih kompetitif

      Delete
  10. Memang patut kurangkan harga kereta. Harap kerajaan kotakan janji untuk kurangkan harga kereta...(harga yng dikurangkan sekarang memang harga asal kereta tersebut. Tiada pengurangan pown~)

    ReplyDelete
  11. Negara saja pengeksport tapi harga minyak untuk rakyatnya...

    ReplyDelete
  12. setuju jika harga kereta diturunkan sejajar dengan kenaikan harga minyak..

    ReplyDelete
  13. Mahal macam.mana pun ttp tgk de org beli kete baru.. Minyak mahal pun org guna gak kete... Sbb ianya satu keperluan wlaupun de pilihan...

    ReplyDelete
  14. Negara kita ada sumber alam yg bnyk.. bangsa lain smpi jajah nk kan kekayaannya. Sy rasa bab harga kereta ni mmg patut diturunkan sikit especially kereta tempatan. Ada rakan yg bawa balik kereta branded dari luar pun lebih berbaloi harga bila guna permit AP.. Klu semua boleh dpt AP, mmg baik beli diluar, campur shipment pun masih lg lebih murah berbanding di sini.. wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Kalau kerajaan boleh kawal ketirisan & belanja berhemat semua rakyat senang..minta kerajaan prihatin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat