Kejam: Remaja Tanam Bayi Hidup-Hidup

Tanam Bayi Hidup-Hidup (Cr Google)

Tanam Bayi Hidup-Hidup


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Bintulu, Serawak bertindak kejam apabila tergamak menanam bayinya sendiri hidup-hidup. Rahsianya terbongkar apabila kubur bayi malang itu digali polis semalam.

Difahamkan, bayi malang itu dilahirkan hasil hubungan sulit suspek dengan teman wanitanya yang berusia 15 tahun. Menurut sumber, mayat bayi malang itu ditanam oleh suspek di kawasan belukar kira-kira 20 meter dari belakang rumahnya sebaik dia dilahirkan pada 22 September lalu. 

Bagaimanapun, tindakan suspek akhirnya terbongkar selepas teman wanitanya mengalami pendarahan teruk sebelum dihantar oleh ibunya ke hospital. Pemeriksaan doktor mengesahkan remaja berkenaan telah menyembunyikan kelahiran bayinya.

Remaja itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika sedang berehat di rumah keluarganya. Kes beliau disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

p/s: Kenapalah dia orang jadi macam ni..kembali ke zaman jahiliah!!!

Comments

  1. isk3....xnak bela pun hantar la kat rumah kebajikan ke...ni bunuh.. xptt la.,

    ReplyDelete
  2. kerana pengaruh negatif akibat drp kecanggihan teknologi ...

    ReplyDelete
  3. ya Allah tak sanggup KA nak tgk pic ni !

    ReplyDelete
  4. Astagfirullah.. itulah, bila bisikan syaitan berjaya.. dari satu kesilapan berkait dgn kesalahan2 yg lain. Semoga Allah melindungi kita semua dari bisikan syaitan yg direjam.. amin.

    ReplyDelete
  5. kejamnya.. dah akhir zaman ni seolah-olah kembali ke zaman jahiliyah pula.. huhu.. :(

    ReplyDelete
  6. Saya tak sanggup melihat gambar itu (delete boleh)
    Kenapalah boleh tergamak melakukan sedemikian rupa...

    ReplyDelete
  7. ish...ngeri..sedih..kesian..semua perasaan ada..

    ReplyDelete
  8. terseksa baby tu. apa punya orang tah.

    ReplyDelete
  9. Bila nak tutup malu gitulah jadinyakan Raudzah....masa buat tak ingat ....

    ReplyDelete
  10. ya Allah..sampai hati betul tanam hidup2 anak sendiri

    ReplyDelete
  11. Apalah nak jadi dengan remaja kita kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat