Breaking News

Thursday, September 26, 2013

Motivasi Pagi: Doa Orang Mukmin

 
Doa Adalah Senjata orang Mukmin (Cr Google)
Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Motivasi Pagi: Doa

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Doa. Doa adalah amalan yang diharuskan syarak dan ibadat yang sangat dituntut. Ia adalah senjata utama orang mukmin. Jika kita berdoa, kita perlu yakin bahawa Allah tidak akan mempersia-siakan permohonan kita.
Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” (Riwayat Tirmizi) 


Dalam kehidupan harian kita, jika kita inginkan sesuatu daripada seseorang, maka kita akan melakukannya dengan cara yang terbaik untuk memastikan mereka memenuhi permintaaan kita. Apatah lagi jika kita memohon kepada Allah. Kita perlu melakukannya dengan adab-adab yang betul.

 
Adab-Adab Berdoa (Cr Google)

Mengapa Doa Kita Di Tolak?

Pada suatu masa Ibrahim Adham pernah di tanya oleh orang ramai kenapakah do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t . Sedangkan mereka tidak jemu-jemu berdo'a dan memohon kepada Allah s.w.t. Ibrahim Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t :

1. Kita mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kita kepadaNya)
2. Kita membaca al-Qur'an, tetapi tidak beramal dengan ajarannya. 
3. Kita kata kasihkan Rasulullah s.a.w, tetapi  tidak beramal dengan sunnahnya. 
4. Kita kata syaitan itu musuh seteru, tetapi kita menjadi sahabat syaitan dan patuh padanya. 
5. Kita berdo'a untuk ke Syurga, tetapi kita tidak beramal dengan amalan yang membawa kita ke Syurga. 
6. Kita berdo'a minta di jauhkan dari api Neraka, tetapi kita melakukan banyak perkara yang mencampakkan kita ke dalam Neraka. 
7. Kita kata mati itu benar, tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapinya. 
8. Kita sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi kita lupa dengan keaiban sendiri. 
9. Kita menerima nikmat Allah s.w.t, tetapi kita tidak bersyukur kepada Nya. 
10. Kita kuburkan saudara kita yang sudah mati, tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan berdoa kepada Allah, sebagai tanda perhambaan kita kepadaNya. Semoga Allah memperkenankan segala doa-doa kita.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal. Wasalam

11 comments:

  1. alhamdulillah... sama2 lah kita berdoa..

    ReplyDelete
  2. doa itu penting dalam hidup saya..nice sharing ye..

    ReplyDelete
  3. nice sharing..ske sgt baca time kasih ;)

    ReplyDelete
  4. salam jumaat.. perkongsian yang baik.. doa itu senjata orang mukmin..

    ReplyDelete
  5. harap penjelasan ini akan ingatkankami akan mati itu pasti

    ReplyDelete
  6. semoga doa kita di perkenan kan Allah , amin ^_^

    ReplyDelete
  7. sama - sama lah kita muhasabah diri utk kebaikan kita juga ...

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. perkongsian yg baik dihari yg mulia.. Salam Jumaat Raudzah.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah. Takutnya saya. Moga amalan saya dan doa saya diberkati dan dirahmati-Nya.

    ReplyDelete

Designed By