Ritual Ngeri: Potong Jari Untuk Si Mati

 
 Jari-jari yang telah di potong

Ritual Ngeri: Potong Jari Untuk Si Mati

Kisah Ritual Ngeri, Potong Jari Untuk Si Mati, di buat khas untuk memenuhi permintaan Fais @ S.K.A. Kalau you all masih ingat last time kita ada kongsi article mengenai Ritual Ngeri: Yanomamo Ash Eating. Then kita dapat komen dari Fais dia nak kita kongsi lagi kisah-kisah ritual yang pernah wujud di dunia ni. So this one is for you ya Fais..Dan untuk yang lain-lain juga.

Ritual Ngeri: Potong Jari Untuk Si Mati telah diamalkan oleh Kaum Asli Danis, di Lembah Aru di Papua Barat, New Guinea. Amalan pemotongan jari ini adalah sebagai salah satu cara untuk memaparkan kesedihan mereka sewaktu upacara pengebumian. Ahli-ahli suku ini tidak kira wanita atau kanak-kanak yang berkaitan dengan si mati, secara sukarela akan memotong jari mereka sebagai tanda penghormatan!!!!!

 
Muka Di Sapu Dengan Abu dan Tanah Liat

Kenapa Jari Di Potong

Upacara ini didorong oleh kepercayaan agama mereka. Jika si mati adalah kuat di kalangan kaum itu, ia percaya bahawa semangat mereka adalah sangat berkuasa. Jadi untuk memuaskan dan mengusir roh si mati mereka perlu menjalani amalan tersebut. Mereka juga percaya kesakitan fizikal yang mereka alami melambangkan kesedihan dan penderitaan kerana kehilangan orang-orang yang tersayang. Semasa upacara ini dilakukan Wanita kaum Dani akan menutup muka mereka dengan abu dan tanah liat untuk meluahkan kesedihan untuk orang yang tersayang.  
 
Alat Pemotong

Proses Pemotongan Jari Adalah Sepert Berikut:
 
1. Jari yang akan dipotong diikat dengan tali.
2. Dengan jari terikat ketat, mereka akan menunggu dengan sabar untuk setengah jam.
3. "Alat Pemotong" akan digunakan untuk memotong jari. Baki tangan dibalut dengan daun.
4. Bahagian atas yang dipotong dibiarkan kering.
5. Selepas ia kering, jari akan dibakar dan abu akan disimpan di dalam tempat yang istimewa.
 
Sekarang, amalan ini telah dilarang. Tapi kesan jari-jari yang telah dipotong masih boleh dilihat.

Comments

  1. tengok pun dah ngeri dah... hu hu hu...lepas tu boleh tiba2 dok bayangkan?

    ReplyDelete
  2. Erk., xde faedahnya.. jlas2 dilrg dlm Islam...

    ReplyDelete
  3. pelik2 la ritual diorang ni Raudzah.. takut tengok

    ReplyDelete
  4. seram pulak baca ni huhu..ada lagi tak hehe...

    ReplyDelete
  5. Pelik tapi benar...DAh di beri cukup sifat, nak pula cacat. Kalau syarikat insuran, mau rugi nih!

    ReplyDelete
  6. terasa ngeri nak baca sampai habis. trus skip ke komen! hehehehe

    ReplyDelete
  7. tak ada pic pun...hua...lain kalin sy singgah enti ni lagi

    ReplyDelete
  8. Mcm2 amalan & kepercayaan pelik org2 di dunia ni...

    ReplyDelete
  9. ngerinya.. pelik betul ritual kaum mereka..

    ReplyDelete
  10. ngeri pula baca..kepercayaan yg pelik

    ReplyDelete
  11. Aaa.... takut ler pulak !

    ReplyDelete
  12. macam2 kan amalan kt dunia ni..

    ReplyDelete
  13. Sanggup mereka demi si mati....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat