Tragis: Bunuh Anak Kerana Masalah Kewangan

 
 Pasangan Suami Isteri Yang Di Dakwa Membunuh

Bunuh Anak Dalam Tiga Cubaan Bunuh Diri

Kerana masalah kewangan, sepasang suami isteri bertekad untuk membunuh diri dan kedua anak mereka. Dalam tiga percubaan membunuh diri, mereka telah berjaya membunuh anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun.

Cubaan bunuh diri yang pertama dilakukan pada 12 September, di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama dengan 
membakar arang dalam bilik tidur utama mereka sebelum mereka sekeluarga memasuki bilik tersebut. Walaubagaimanapun cubaan pertama mereka gagal. Keesokan harinya, 13 September, mereka membuat percubaan kedua dan berjaya membunuh anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun. Walaubagaimanapun kedua pasang suami isteri itu bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia 7 tahun terselamat dalam cubaan tersebut. 

Hari berikutnya, pasangan itu sekali lagi meneruskan niatnya untuk membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di sekitar Klang. Mereka turut membawa mayat gadis kecil itu untuk dilupuskan. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut dan membawa balik mayat tersebut ke rumah kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai.  

Masalah Kewangan Punca Bunuh Diri

Pada pagi Rabu, mayat kanak-kanak yang hampir reput itu ditemui didalam bilik utama rumah mereka apabila rakan sekelas beserta Ibubapa mereka denagn bantuan pihak polis datang mencari kanak-kanak tersebut setelah beliau tidak hadir ke sekolah selama lima hari.

Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu 
menghadapi masalah kewangan. Lelaki tersebut merupakan seorang kontraktor yang tidak mempunyai pekerjaan hampir sebulan. Polis juga tidak menolak kemungkinan pasangan ini merancang untuk menggantung diri setelah menemui beberapa wayar kabel di rumah mereka. Pasangan suami isteri ini kini itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

p/s: Inilah sebahagian dari kisah masyarakat kita yang berjuang melawan beban hidup. Apabila tewas maka berlakulah perkara-perkara seperti ini.

Comments

  1. semak link

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/09/pencarian-bloglist-tamat-senarai.html

    ReplyDelete
  2. sometimes sebabkan masalah kewangan dan juga pressure dari persekitaran, boleh menyebabkan seseorang itu tak boleh nak imbang diri dan tak terkawal emosi... hu hu hu...scary kan?

    *entri dah review yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang scary farah..bila tekanan samapi maksimumm, macamn-macam boleh jadi..mintak dijauhkan benda-benda macam ni kan..

      Delete
  3. tak ada kerja cari kerja susahkan org pula eiii

    ReplyDelete
  4. semakin menjadi-jadi pula kes membunuh diri sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. subhanallah..ceteknya pemikiran..ape nk jdlh..bunuh diri pn boleh cuba2..nmpk sgt terdesak..nauzubillah..ni kalau islam, pasti teruk dikutuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua dijauhkan dengan dugaan-dugaan macam ni Fais..yang penting kalau orang Islam kena banyak bersabar...

      Delete
  6. Jiwa dan perasaan orang didalam tekanan dengan mudah di hasut syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true BM..jangan biarkan syaitan hampiri kita...

      Delete
  7. Duit ni klu x dikawal oleh akal hati & jiwa, ia boleh jadi lebih teruk dari dadah.. Duit boleh buat org gembira, berduka, hilang kawan, hilang keluarga, riak, rasa berkuasa dan mcm2 baik & buruk.. yg ni lagi teruk.. hilang nyawa..

    ReplyDelete
  8. hmm..takut juga tengok dorang ni berlagak macam malaikat maut nak cabut nyawa orang..

    ReplyDelete
  9. kesian pada anak yg tak berdosa ..jadi mangsa...inilah pentingnya ilmu agama..minta pertolongan dengan Yang Maha Eda..semoga mereka bertaubat dan diberi hidayah..

    ReplyDelete
  10. ish banyak cara nak selesai masalah bukan dengan bunuh diri. kesian si anak.

    ReplyDelete
  11. bila tertekan macam2 kemungkinan yang akan terjadi dan jadi tidak terkawal hingga sampai ke tahap bunuh diri ! Itulah kita kena jati diri & mental yang kuat

    ReplyDelete
  12. sampai tahap bunuh diri..kesian kat anak2 kecil yg tak berdosa tu

    ReplyDelete
  13. Kalau dah terdesak apa pun boleh berlaku....lagi lagi nk hidup dlm kota metropolitan ni....tanpa iman lagilah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat