Breaking News

Saturday, October 19, 2013

Aksi "Toyol" Di Rakam Di CCTV

 Toyol Jelmaan

"Toyol" Memancing Di Masjid


Kalau sebelum ni aksi pemuda "Innocent" mencuri beg jemaah wanita yang sedang sujud berjaya di rakam di CCTV sebuah masjid di Gombak, kali ni Aksi "Toyol" didalam masjid pula telah berjaya dirakam di CCTV. Wah dah makin advance CCTV sekarang ya. Mahluk halus pun dah boleh di rakam tau. Anyway, Jangan terkejut ya coz CCTV belum boleh boleh captured makhluk halus lagi ya, tapi "Toyol" yang dimaksudkan disini adalah seorang "jemaah lelaki" yang sering menjadikan tabung derma di sebuah masjid di Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam sebagai sasaran.

Berbekalkan sebatang pancing dari besi nipis yang ditampal dengan pita pelekat, si "Toyol" jelmaan ini mampu memperoleh ratusan ringgit setiap kali ‘memancing’. Aktiviti beliau bermula pada pukul 11 malam apabila masjid sudah lengang. Kegiatan licik si "Toyol" gagal dihidu sebelum ni kerana lagaknya yang tiada beza dengan jemaah-jemaah lain yang datang menunaikan solat. Lengkap berkopiah lagi.

Aksi Pro Si "Toyol" Jam 11 Malam

Aksi "Toyol" Di Rakam Di CCTV 


Namun bagai kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib malang si "Toyol" yang berusia 37 tahun itu apabila aksi beliau telah berjaya di rakam di CCTV Masjid pada hari Jumaat. Berakhirlah riwayat si "Toyol". Semoga beliau kembali ke pangkal jalan.

p/s: Teringat kes seorang pemuda di kelantan yang mencuri RM2 dari tabung masjid dan dipenjara 2 tahun. Agaknya bagaimana nasib "toyol" ni ya?

15 comments:

  1. Huhh kantoi.. mesti ajk masjid memasang cctv secara rahsia sbb mungkin bnyk dah kes duit hilang.. ni btul2 "caught on camera".. mmg x boleh nk pusing lg.. :D Thanks sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome khir..tapi memang kantoi pun..

      Delete
  2. oh kalo curi ratusan ringgit dipenjara ratusan tahun, gitu? hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Bkn nk ditambah duit masjid tu. Dicurinya lg. Huhu

    ReplyDelete
  4. tupai melonpat jatuh jugak ke tanah eh.. Allah bagi cash kat dunia

    ReplyDelete
  5. macam-macam toyol zaman moden ni.. nampak muka baik, rupa-rupanya toyol bertopengkan manusia.. huhu..

    ReplyDelete
  6. gelagat ini ada jugakah sahaja nak sakat ini

    ReplyDelete
  7. kan kantoi xsia-sia je..malu muke tersebar..ohh manusia akhir zaman

    ReplyDelete
  8. sepandai2 tupai melompatkan... done nuffnang yer

    ReplyDelete
  9. hahahaha...kantoi..buat malu jer...

    ReplyDelete
  10. Biasa dengar cerita, toyol ni kecik ngan bugelll^^.. yg ni berlawanan plak yee.. haha..

    ReplyDelete

Designed By