Breaking News

Sunday, October 6, 2013

Harga Gula Dan Tepung Akan Naik?

 
 Harga Gula & Tepung Akan Naik

Harga Gula Dan Tepung Akan Naik?


Harga Gula Dan Tepung Akan Naik. Itulah bayangan yang diberikan oleh Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik, ketika memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak kelmarin. Butiran lengkap tentang kenaikan tersebut akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti.

Harga Naik Untuk Selamatkan Malaysia?


Biarpun, telah memberi jaminan harga gula dan tepung tidak akan naik pada pertengahan September lalu, beliau berkata bahawa kenaikan itu adalah perlu untuk kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara. Oleh yang demikian, beliau meminta semua pengguna agar melihat secara positif tentang kenaikan itu, biarpun sedia maklum bahwa ramai yang telah merasai beban harga kenaikan minyak. Beliau juga turut menegaskan apa yang dibuat kerajaan adalah untuk kepentingan kesemua pihak. Kita tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup, katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan ada membayangkan bahawa harga gula perlu dinaikkan untuk mengelakkan rakyat Malaysia dari serangan Diabetes.
Diabetes?

15 comments:

  1. Naikkanlah harga semua benda...lepas tu gula2kan dgn pemberian BR1M.
    Sabor je laaa...

    ReplyDelete
  2. dah naik pula sakit jiwa...geram...sungguh

    ReplyDelete
  3. oh ho..... makin kena berjimat lah gamaknya...

    ReplyDelete
  4. terkejut tgk Butter 250g,biasa beli rm4...dah naik rm5 lbh dah...

    ReplyDelete
  5. Alasan diabetis tu x kene lah.. sakit jiwa mendengarnya. Tngok lah mcm mana nanti, tp rasa2 akan naik juga sbb kilang proses buat gula pun ada guna petrol..
    Nak selamat kan Malaysia cara mana pun x taulah, tp sy dpt tahu yg malaysia guna khidmat penasihat auditor dari luar. Susahlah bila org luar tau rahsia selok belok rumahtangga.. mmg selamatlah.. :)

    ReplyDelete
  6. lepas nie apa lagi naik tak taulah..semua untuk selamatkan negara..rakyat nie siapa nak selamatkan...

    ReplyDelete
  7. Laaa~ hari tu cakap tak nk naikkan.
    Btw, first time kat sini.
    jemput singgah :)
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. aduhaii..naik lagi..sabar je lah

    ReplyDelete
  9. Berselindung di balik bayang-bayang yang kita tak tahu hatinya.

    ReplyDelete
  10. So latest price berapa RM agaknya yeh?.....

    ReplyDelete

Designed By