Hutang Dalam Islam

 
Hutang Dalam Islam

Motivasi Pagi: Hutang Dalam Islam


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Hutang Dalam Islam. Dalam Islam, urusan hutang-piutang adalah dibolehkan. Namun kita harus hati-hati Kerana kesan hutang amat besar. Ianya boleh membawa kita ke syurga mahupun ke neraka.

Islam menjanjikan syurga untuk mereka-mereka yang memberi hutang kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan sebagaimana hadis Rasulullah SAW: 

“Bahwasanya ada seseorang yang meninggal dunia lalu dia masuk surga, dan ditanyakanlah kepadanya, ‘amal apakah yang dahulu kamu kerjakan?’ Ia menjawab, ‘Sesungguhnya dahulu saya berdagang. Saya memberi tempoh (berhutang) kepada orang yang dalam kesulitan, dan saya memaafkan mereka kerana tidak mampu.” (HR. Muslim)

Keutamaan/Fadhilah Bagi Pemberi Hutang:

  • Siapa yang memberi pinjaman atas kesusahan orang lain, maka dia ditempatkan di bawah naungan singgasana Allah pada hari kiamat. (HR. Thabrani, Ibnu Majah, Baihaqi)
  • Barangsiapa meminjamkan (harta) kepada orang lain, maka pahala shadaqah akan terus mengalir kepadanya setiap hari dengan jumlah sebanyak yang dipinjamkan, sampai pinjaman tersebut dikembalikan. (HR. Muslim, Ahmad, Ibnu Majah). 

Di Tuntut Untuk Menghindari Hutang


Islam menyuruh kita menghindari hutang sekiranya kita mampu membeli dengan tunai. Menurut Rasulullah SAW, hutang adalah penyebab kesedihan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Hutang juga dapat merosakkan akhlak, kata Rasulullah:
 “Sesungguhnya seseorang apabila berutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (HR. Bukhari).
Rasulullah SAW pernah menolak mengimamkan solat jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. 
Sabda Rasulullah SAW, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya.” (HR. Muslim).

Doa Menghindari Hutang

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/10/DOA-MENGHINDARI-RASA-MALAS-DAN-HUTANG-300x198.jpg  

Doa Menghindari Hutang


Semoga kita berhati-hati apabila berurusan dengan hutang. Sekiranya mampu, belilah secara tunai. Dan sekiranya tidak mampu, berhemahlah dalam berbelanja.

Comments

  1. Bagus sekali quote ini "Sekiranya mampu, belilah secara tunai. Dan sekiranya tidak mampu, berhemahlah dalam berbelanja." Memang seharusnya demikian...

    ReplyDelete
  2. melalui hutang kita asyik bergaduh....so jangan sesuka hati nak berhutang....

    ReplyDelete
  3. liya salu nya berhutang dgn keluarga sendri ja dan kalo dengan kawan pon yg paling rapat ja :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah perkongsian yg berguna =) sy pn masih ada hutang..siap bt list lg tkot2 terlupa..hm bimbng 1hr nnti tak terbayar..nk berhutang pn kena hati2 juga..tkot termasuk dlam hutang riba..mcm kt bank tnpa guna yg islamic punya

    ReplyDelete
  5. very gd sharing, ingatan utk KA juga ni !

    ReplyDelete
  6. aiza hutang dengan ptptn tak habis bayar lagi ni.. :(

    ReplyDelete
  7. TB klu hutag owang selagi xbayar selagi tuh xtenang tp pelik gak owgyg hutang TB buat relaks jee..huhu

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. perkongsian yg baik. Sentiasalah kita mengingati Allah, in shaa Allah, akan diberi kemudahan utk melunaskan hutang agar kita tidak tergolong dikalangan mereka yg rugi. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Alahai besarnya ganjaran pemberi hutang..... patutlah, sebab bukan mudah nak mengikhlaskan hati nak memberi hutang!

    ReplyDelete
  10. nice sharing raudzah....klu berhutang jangan la tangguh2 bayar...

    ReplyDelete
  11. Tq sis sudi share info ini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat