Video Kisah Sebenar Sarapan Pagi RM6000

 
Fauziah (kiri) menunjukkan laporan polis dan bil sebenar dicaj terhadap ahli 
rombongan VVIP itu.

Sarapan Pagi RM6000


Kisah sarapan pagi bernilai RM6000 semakin sensasi. Yang pasti ramai tertanya-tanya apakah menu yang dihidangkan sehingga mencecah RM6000. Kalau berdasarkan laporan Blog Santai terdahulu yang merujuk kepada Laporan Sinar Harian bertarikh 8/10/2013, makanan tersebut adalah untuk 50 orang yang mana secara general bayaran sarapan pagi bagi setiap pengunjung adalah RM120.00.

Kisah tersebut nampaknya tidak terhenti disitu, apabila bermacam-macam versi laporan yang dikeluarkan yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Ada juga laporan yang menyiarkan jumlah sebenar adalah 100 orang dan menu sarapan pagi tersebut adalah nasi berlauk ayam kampung. Dan menurut laporan gara-gara mengenakan harga tinggi restoran tersebut telah di  kompaun sebanyak RM175,000 oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.



Video Cerita Sebenar Dari Tuan Punya Restaurant


Video Kisah Sebenar Sarapan Pagi RM6000


Rasanya tidak adil kalau kita dengar dari sebelah pihak apa yang terjadi sebenarnya. Ada baiknya kita dengar penjelasan yang diberikan oleh kak Yah, Tuan Empunya diri Restaurant Selera Daun Pisang, kerana ceritanya terlalu berbeza.

Berdasarkan video di atas terdapat beberapa percanggahan fakta yang amat jelas.
1. Bilangan pengunjung adalah lebih kurang 200-400 orang, termasuk bekalan yang dibungkus untuk dibawa balik. Jumlah sebenar bayaran bagi setiap orang adalah RM17.00.
2.  Pelbagai menu dihidangkan termasuk ayam goreng kampung, gulai kawah, gulai itik serati, gulai telur itik, sayur, dan kuih muih.
3. Jumlah Bill sebenar adalah RM5,500 selepas diskaun.

Kak yah juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman untuk tindakan yang selanjutnya bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai kesimpulan, semua orang perlu ada sifat amanah dan bertanggungjawab. Jangan kita menginaya sesama manusia. Kalau benar apa yang dikata, semoga Kak Yah terus tabah dan anggaplah ini dugaan dari Allah. Dan satu lagi yang kita agak pelik, kompaun RM175,000 yang dikenakan tu untuk apa ya? Takkan mereka just bagi kompoun tanpa siasatan...Hmmmmm..

Comments

  1. macam-macam mereka nie menokok tambah perkara yang betul jadi tak betul.inilah hasilnya...

    ReplyDelete
  2. ni kes sifat dengki la ni..alahai..kan sia2 da pasang guaman satgi abis lee owg tuhh

    ReplyDelete
  3. tak baiknya orang yang buat fitnah tu..hmm

    ReplyDelete
  4. erk?
    tapi mcm byk plak RM17/sekepala
    rm10/skpla sudah la..
    aish ..
    sian k.yah ni..juruh doh dio ghoyak ni..mek cayo ko dio ni ..

    ReplyDelete
  5. mencekik lauk2 mahal saja pastu bila kena bayar mahal buat fitnah macam ni pulak kan. pelik manusia

    ReplyDelete
  6. Inilah masalahnya bila melibatkan percanggahan fakta.. yang siasat tu pun mcm mana boleh menghukum ye klu x betul2 pasti.. wallahualam. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  7. Kan dah kata, kita kena brsangka baik...hanya mereka yg terlibat lebih mengetahui. Kini...segalanya terbongkar dah!

    ReplyDelete
  8. hentam makan xingat...kena bayaq teruih bising...makan siap bungkuih bawak balik lagi..aduihhhh....ainaya sesama bangsa lak tuu..

    ReplyDelete
  9. hanya Allah dan mereka saja yang tahu kebenarannya..

    ReplyDelete
  10. kena dengar dua2 belah pihak dan kena tengok bill...gulai itik serati...ayam kampung...itu menu2 yg mmg mahal...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat