Breaking News

Monday, November 11, 2013

3 Golongan Yang Di Laknat Allah

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://3.bp.blogspot.com/-w_Ev1TDxPic/UZryNcZFFoI/AAAAAAAAE0I/4beJRDDo79c/s1600/481001_515228161846078_556231021_n.jpg
Balasan Anak Derhaka (Cr Google)

3 Golongan Yang Di Laknat Allah


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 3 Golongan Yang Di Laknat Allah. Pengisiannya diolah dari Facebook salah seorang rakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu:

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya. Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah. Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT. 
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Ianya mungkin berlaku apabila ada seorang wanita mengadu kepada seorang lelaki lain mengenai masalah rumahtangganya. Sebagai seorang mukmin, lelaki tersebut perlu menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Semoga kita tidak termasuk dalam mana-mana 3 golongan yang di Laknat Allah. Aminn...

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.


15 comments:

  1. Replies
    1. Semoga Allah melindungi kita semua dari 3 golongan diatas maria..

      Delete
  2. Astagfirullah.. Nauzubillah.. peringataan yg baik buat semua..
    menabung churp2 di sini.. :)

    ReplyDelete
  3. yg kedua tu tringat cite kmpg gurl..hihi..

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing dear...peringatan untuk semua

    ReplyDelete
  5. smoga kita dijauhkan dari termasuk dalam golongan tu..

    ReplyDelete
  6. mudah-mudahan kita dijauhkan dari menjadi manusia sebegitu...terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  7. tq share ingatan utk diri sendiri ni !

    ReplyDelete
  8. Terima kasih mengingatkan...

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana mengingatkan.. semoga kita semua tak tergolong dalam 3 golongan di atas..

    ReplyDelete
  10. thx for sharing raudzah...semoga kita dijauhi dari golongan yang dilaknati olehNYA

    ReplyDelete
  11. perkara ni terjadi dlm kehidupan saya..isteri saya minta cerai sebab nk kt lelaki lain..

    ReplyDelete

Designed By