6 Tips Mudah Untuk Berjaya
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPgCGN1okP58AAu2Z3gqcq1vUmmU1OoPj500meX6sfxddl6P2NoDbrhp8SvBNMBrqwJ1xH-ftafhDRCYBDmZuiuW3yiHdI_tTLI5d8jMP8_hhbOpgBTf8PCJ6Ge7nqI-38hJNYmhisP4V4/s1600/berjaya+dalam+hidup.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPgCGN1okP58AAu2Z3gqcq1vUmmU1OoPj500meX6sfxddl6P2NoDbrhp8SvBNMBrqwJ1xH-ftafhDRCYBDmZuiuW3yiHdI_tTLI5d8jMP8_hhbOpgBTf8PCJ6Ge7nqI-38hJNYmhisP4V4/s320/berjaya+dalam+hidup.jpg)
Kejayaan Adalah Milik Setiap Orang
5 Tips Untuk Berjaya
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 6 Tips Untuk Berjaya Dalam Hijrah.
Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan dengan niat yang ikhlas pasti akan kekal dan mendapat pertolongan dari Allah.
2. Matlamat
Matlamat yang ditetapkan perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. jangan letakkan matlamat yang sukar di capai dalam tempoh yang singkat. Mulakan dengan usaha yang mudah.
3. Buang Anggapan Salah
Selama ini mungkin kita beranggapan yang salah terhadap diri dan kehidupan kita. Kita mungkin menganggap bahawa golongan yang baik sahaja yang mampu untuk memperolehi kemanisan iman. Untuk berjaya kita perlu buang perasaan ini dan percaya bahawa jika Allah ingin sesuatu yang baik berlaku ke atas kita, ianya tidak mustahil. Hidayah Allah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak mengenal bangsa, rupa dan juga masa.
![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJOog-xQXAx4GptJaV7pvyzG5NfahVAHG0IG8Nacq8wNL3rCAUKYhLa4zb5DFOKCD8GiW5u6d40s7sl_6UBC-vXTHnx9WeKZoyvrFNNZjLYxSrS-zU-8A1IG0lJukdG34KGQCgzUAHYQs9/s1600/semangatbaru.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJOog-xQXAx4GptJaV7pvyzG5NfahVAHG0IG8Nacq8wNL3rCAUKYhLa4zb5DFOKCD8GiW5u6d40s7sl_6UBC-vXTHnx9WeKZoyvrFNNZjLYxSrS-zU-8A1IG0lJukdG34KGQCgzUAHYQs9/s320/semangatbaru.jpg)
Semangat Juang Yang Tinggi
4. Banyakkan Membaca Kisah Orang Berjaya
Jika kita ingin melakukan sesuatu yang baik seperti berjaya dalam kehidupan atau perniagaan contohnya, kita perlu banyak membaca buku-buku yang bercerita kisah kejayaan usahawan-usahawan yang telah berjaya. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan.
5. Pilihlah Kawan Yang Betul
Jika kita ingin berubah ke arah kebaikan, kita perlu suntikan semangat dari mereka-mereka yang berada disekeliling kita. Oleh itu, sangat penting kita memilih untuk berada di khalangan mereka-mereka yang mempunyai aura yang positif dan bukannya negatif.
6. Pedulikan Kata Orang
Untuk berhijrah kita perlukan pengorbanan kerana pasti ada mata dan telinga yang akan sentiasa melihat perubahan kita. Mereka ini akan memuji dan mungkin juga akan mengeji setiap perubahan yang berlaku pada diri kita. Apa yang perlu ada pada kita adalah semangat diri yang kuat. Jangan terlalu cepat berbesar hati dengan segala pujian dan berkecil hati dengan segala kejian.
Sebagai kesimpulan tiada jalan mudah untuk berjaya. Jika kita telah memilih satu-satu jalan, kita perlu istiqamah dan berdoalah kepada Allah supaya hati kita tabah dan tetap.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
btol setuju dgn semua tuh..klu kita asik dengar jee tanggapan negatif owg len kekadang xkemane pn..
ReplyDeleteaiza setuju dengan semua tips di atas.. terima kasih kerana berkongsi.. :D
ReplyDeletesetuju sangat .. nice sharing Raudzhah..berubah bkn mudah tapi x mustahil kan :)
ReplyDeletebertul..kathy setuju..
ReplyDeleteSetuju sama semua tipsnya....
ReplyDeletetq share very gd one ni dear!
ReplyDeleteSemoga kita semua akan berjaya...
ReplyDeleteSebab tu suka ke sini, sahabat yg berjaya!
Thanks so much BM...tapi kita tak adalah succes tang mana pun...tapi Alhamdulillah..rezeki datang dari Allah...
DeleteSetuju sgt2.. semoga terus sukses..
ReplyDeleteIlmu dikongsi dan disebarkan bersama.. http://jalalboy.blogspot.com/2013/11/6-tips-untuk-berjaya-dalam-hijrah.html
ReplyDelete