Breaking News

Wednesday, November 13, 2013

Kisah Penghuni Syurga Terakhir

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 
Nikmatnya Syurga (Cr Google)

Penghuni Syurga Terakhir


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Penghuni Syurga Terakhir. Kisah ini adalah sebahagiaan daripada cerita-cerita Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'uud.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku mengetahui orang yang paling akhir memasuki syurga. Dia keluar dari api neraka sambil merangkak.

Allah s.w.t berkata kepadanya, "Pergi dan masuklah ke dalam syurga".
 
Orang itu merangkak mendekati syurga dan padanya terbayang, tentulah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia kembali serta berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak."

Allah s.w.t mengulangi perintah Nya: "Pergi dan masuklah kamu ke dalam syurga".
 
Orang itu sekali lagi mendekati syurga dan sekali lagi terbayang kepadanya, mestilah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak".
Kemudian Allah s.w.t bertitah: "Pergilah dan masuklah kedalam syurga dan bahagiaannmu adalah seluas sepuluh kali bumi."
Mendengar titah Allah s.w.t, orang itu berkata: "Ya Tuhan, apakah engkau mengejek dan mentertawakan aku, sedang engkau adalah Maha Raja."
Aku melihat Rasulullah s.a.w. kemudian tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau, sambil berkata: "Itu adalah kedudukan yang paling rendah bagi penghuni syurga." (Muttaqafun Alaih)

Antara Pengajaran dari cerita ini adalah:

Syurga adalah tempat yang terlalu istimewa dan selesa untuk kita. Keluasan dan kenikmatannya melampaui apa yang kita kecapi di mukabumi ini. Jika kedudukan orang yang paling rendah adalah sepuluh kali Bumi, bayangkan kenikmatan yang diperolehi oleh mereka yang memasukinya lebih awal. So Jom sama-sama kita kejar syurga. Jadilah kita insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah s.w.t dengan melakukan perkara yang makruf dan menjauhi perkara yang mungkar. Semoga kita semua menjadi antara yang terawal memasuki syurga Allah. Aminnn...
 

13 comments:

  1. nice sharing akak :)

    isi tabung jugak ya ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Ita. Semoga Allah murahkan rezeki Ita..

      Delete
  2. itulah impian setiap manusia.. menabung digi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahnks so much aiza..Semoga Allah murahkan rezeki Aiza..

      Delete
  3. bukan mudah nak gapai.masih kurang dan sedia baiki lagi. menabung sympu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahanks so much Suri. Semoga Allah murahkan rezeki Suri...

      Delete
  4. terima kasih.... perkongsian yang menarik...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... semoga kita semua tetap berada diatas landasan yg betul agar dpt terus menyampai kpd Nya nnti.. aamiin

    ReplyDelete
  6. Ya..Allah semoga kita semua tergolong dalam golongan terawal masuk ke syurga...amiin

    ReplyDelete
  7. nice share.. jika Allah maha hebat, syurga-Nya juga tentu hebat..

    ReplyDelete

Designed By