Puasa Sunat Di Bulan Muharram
Puasa Sunat Di Bulan Muharram
Puasa Sunat Hari Asyura
Salah satu amalan sunat yang disebutkan secara khusus pada bulan Muharram adalah Puasa Sunat Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadhan. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadlan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunat.
Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Berpuasa pada hari 'Asyura akan termasuk dalam hintungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya".
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Puasa Di Bulan Muharram (Source)
Dan
jika kita mampu berpuasalah pada setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang
bulan Muharam kerana Puasa yang utama selepas Ramadhan adalah puasa di
Bulan Allah, Muharam.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
Selamat menyambut satu muharam 1435 Hijriah sobat.
ReplyDeleteTq for sharing Raudzah ^_^ Sama2 lah kita berpuasa utk dua hari tu
ReplyDeletealhamdulillah.. salam maal hijrah ya..
ReplyDeletejom tandakan tarikh tu beramai-ramai best gak puasa ;)
ReplyDeletesalam maal hijrah raudzah.. perkongsian yang sangat bermanfaat..
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah.. semoga bersama kita semua beroleh keberkatan & kejayaan yg berpanjangan di dunia & akhirat.. aamiin..
ReplyDeletesalam maal hijrah sis..
ReplyDeleteterima kasih kak, salam maal hijrah ye
ReplyDeleteTinggal niat...pagi2 dah terlupa, terus minum...huhu
ReplyDelete