Breaking News

Monday, December 23, 2013

10 Gambar Suka Duka Sepanjang 2013 (Siri 2)

10 Gambar Suka Duka Sepanjang 2013

10 photos that shocked the world 
Kanak-Kanak Lelaki Yang Hilang Kedua Mata Kerana Di Cungkil Penculik (Source)

10 Gambar Suka Duka Sepanjang 2013 kini menemui semua pembaca Blog Santai dalam siri kedua. Kalau dalam siri pertama, kita berkongsi 10 Koleksi Gambar Tragis Sepanjang 2013, siri kedua memaparkan pelbagai peristiwa menarik. Ada sedih dan ada yang gembira. Dan untuk pengetahuan semua, gambar dan peristiwa menarik yang berlaku di Malaysia akan dikongsi dalam siri ke 3 & ke 4. So stay tune semua!!!!!

Hukuman Potong Jari Di Iran (Source)

24 Januari, 2013. Pihak Berkuasa telah menjatuhkan hukuman potong 3 jari ke atas seorang lelaki yang disabitkan kesalahan mencuri di dataran awam di bandar Iran selatan Shiraz, Iran. Selain daripada hukuman potong jari, hartanya turut dirampas dan di penjara tiga tahun.

Kisah Almaty Dan Anak kapalnya (Source)

29 Jan 2013. Kesan darah dilihat di atas salji di tapak nahas kapal terbang di luar Almaty, Kazakhstan. Pesawat penumpang terhempas dalam kabus tebal berhampiran ibu negara Kazakhstan, Almaty. Pesawat tersebut milik Kazakh airline SCAT, hampir menjadi kepingan apabila ia mencecah tanah, membunuh kesemua 21 anak kapal.
 
Mumia Yang Tak Mampu Bayar Yuran (Source)

5 Februari 2013. Mayat-mayat penduduk awam di Bandar Guatemala digali semula dari tanah perkuburan perbandaran secara besar-besaran, kerana keluarganya tidak mampu untuk membayar yuran tanah perkuburan tersebut. Mumia tersebut ditanda untuk pengenalan, sekiranya ada saudara-mara yang ingin membuat tuntutan.

Kisah Meteor Yang Muncul Di Rusia (Source)

15 Februari, 2013. Meteor yang muncul di langit Rusia telah mengejutkan dunia dengan letupannya kuat. Kira-kira 100 orang penduduk telah cedera terkena sepihannya.
 
Kisah Anjing Lumpuh Dengan Kaki Barunya (Source)

26 Februari 2013. Abayed, anjing penggembala berusia enam tahun, yang akhirnya dibekalkan dengan roda khas untuk berjalan. Anjing, yang dikenali sebagai "putih", telah dirawat di hospital haiwan selepas sebiji peluru menusuk tulang belakangnya yang menyebabkannya lumpuh kira-kira dua tahun yang lalu.

Kisah Panda Yang Tidak Suka Bersosial (Source)

10 Mac 2013. Seekor panda gergasi betina, Ke Lin, telah dipertontonkan sebuah video cara-cara untuk mengawan setelah pihak zoo hampir berputus asa untuk mencarikan beliau partner. Sikap dingin ke hin menyukarkan pihak zoo apabila beliau menolak untuk dipasangkan dengan panda yang lain.  Selepas menonton video ini, Ke Lin akhirnya bersetuju untuk menemui pasangannya Yong Yong.

Kisah Bayi Menangis dalam Lubang Kumbahan (Source)

25 Mei 2013. Anggota bomba dan doktor telah bertugus lumus menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru lahir yang dibuang dalam lubang kumbahan di China.  Bayi tersebut yang masih bernyawa hanya disedari oleh seorang penduduk yang kebetulan melaui tempat tersebut setelah terdengar tangisannya.  Kes ini telah mencetuskan kemarahan di laman media sosial.

Kucing Sebagai Calon Datuk Bandar (Source)

15 Jun 2013. Setelah jemu dengan janji-janji orang politik, penduduk Veracus telah memilih Morris, seekor kucing untuk menjadi calon Datuk Bandar dengan slogan, "Bosan mengundi tikus?" Morris telah mendapat lebih daripada 110,000 "like" di Facebook, mendahului pesaingnya.
Bayi, Hadiah Program Bual Bicara (Source)

1 Ogos 2013. Fatima, adalah bayi pertama yang dijadikan hadiah untuk sebuah rancangan bual-bicara di Pakistan.  Rancangan tersebut yang dikendalikan oleh pengacara terkenal, Athar Hussain telah mendapat kritikan ramai.

10 photos that shocked the world
Salah Seorang Mangsa Serangan (Source)

22 Sep 2013. Serangan Kumpulan lelaki bersenjata Al-Shabaab di pusat beli-belah Westgate di ibu negara Kenya pada telah menyebabkan seramai 59 maut dan 175 tercedera.

14 comments:

  1. hmm..ada2 jer..tapi kebanyakan berita ni kathy kurang tau.so,tqvm sis sudi share kat sini..rasanya untuk malaysia insiden LD pun ada tu..

    ReplyDelete
  2. macam2 jadik... semua nya sy tak dengar...

    ReplyDelete
  3. "Kisah Bayi Menangis dalam Lubang Kumbahan" tu kot paling sadis... iskhh...

    ReplyDelete
  4. kisah menarik sepanjang tahun 2013..tertarik dengan kisah panda. lawak pun ada..hehe

    ReplyDelete
  5. subhanallah, ngeri tengok sesetengah daripadanya, paling kesian yang baby menangis dalam lubang kumbahan tu..

    ReplyDelete
  6. Macam2 sketsa kehidupan ni.. tp kucing tu mcm kucing saya lah.. :D

    ReplyDelete
  7. comel la kucing calon datuk bandar tu. gebusss..

    ReplyDelete
  8. Rangkuman kisah 2013 yang padat dan menarik. Love it!

    ReplyDelete
  9. kesiannya, kubur pun kena byr yuran ker??..hmm yg bayi tu sampai dijadikan hadiah pa kes.. terus betullah.. manusia tuh.. bukan barang..hmmm, dunia2x..makin dihujung usia..makin pelik..

    ReplyDelete
  10. Ya, gambar yang penuh emosi dan cerita.

    ReplyDelete

Designed By