Breaking News

Wednesday, December 25, 2013

Bulan Terbelah Dua Petanda Kiamat Hampir Tiba?


  http://cahayametafisika.files.wordpress.com/2012/03/bulan-terbelah_1.jpg
  Rekahan Di Permukaan Bulan (Source)

Bulan Terbelah Dua Petanda Kiamat Hampir Tiba?


Bulan terbelah dua adalah salah satu tanda Kiamat Semakin Dekat. Ianya telah dijelaskan didalam Al-Quran:

“Telah dekat datangnya saat itu (kiamat) dan telah terbelah bulan. dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus”. (Al-Qomar: 1-2)

Kisah bulan terbelah dua ini pernah berlaku di zaman Rasulullah apabila Baginda menunjukkan mukjizatnya kepada pihak kafir Quraisy untuk membuktikan kebenaran risalah dan kenabiannya. Namun mereka menganggapnya sebagai sihir, biarpun mengakui bahawa mereka benar-benar melihat bulan terbelah dua.

Rekahan Di Permukaan Bulan?


Kisah bulan terbelah dua ini diperkatakan apabila terdapat beberapa gambar yang dikeluarkan oleh NASA menunjukkan bahawa terdapat kesan rekahan sepanjang 300 km dengan lebar 250 m di Permukaan bulan.
 http://spiritislam.net/wp-content/uploads/2012/09/bulanterbelahdua.jpghttp://spiritislam.net/wp-content/uploads/2012/09/bulanterbelah1.jpg 
 Rekahan Di Permukaan Bulan (Source)

Rekahan Di Bulan Akibat Semburan Lahar?


Berdasarkan kedua-dua gambar di atas, para ilmuan telah merumuskan bahawa kesan rekahan dipermukaan bulan itu benar-benar wujud. Biarpun kesan rakahan tersebut agak jelas, namun sehingga kini, tiada sebab yang nyata dikeluarkan. Pihak NASA sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut. Yang ada hanyalah pendapat yang dinyatakan oleh pakar astronomi yang membuat kesimpulan bahawa garisan itu berlaku akibat semburan lahar dari dalam bulan jutaan tahun lalu. Namun teori ini disangkal kerana tidak ada sebarang kerosakan besar berlaku akibat semburan lahar panas itu sebagaimana yang pernah terjadi di muka bumi. Berbeza dengan kesan semburan lahar, rekahan panjang yang terlihat di permukaan bulan tersebut kelihatan tajam seakan pernah dibelah dengan benda tajam.

Iktibar Kisah Bulan terbelah Dua


Sebagai seorang Islam kita harus percaya dengan apa jua bukti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut. Dan jika tanda-tanda ini berlaku atau kelihatan, tidak ada keperluan untuk kita mendapatkan penjelasan lanjut kerana kuasa Allah itu terlalu besar. Tidak ada yang mustahil. 

Mungkin kejadian di atas perlu dilihat bersama dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku di muka bumi ini sejak ratusan tahun yang lalu. Tidak ada yang mustahil ianya adalah satu petunjuk dari Allah. Dan kita sebagai manusia tidak perlu untuk berselisih pendapat samada itu adalah tanda kiamat atau sebaliknya kerana Kiamat itu adalah Rahsia Allah. Tidak akan tercapai oleh pemikiran manusia. 

Yang pasti setiap apa jua keadaan yang luar biasa berlaku haruslah di ambil sebagai iktibar untuk kita memperbaiki diri untuk mempertingkatkan iman bagi mempersiapkan diri kita apabila tiba masanya. Tak guna rasanya kalau kita asyik berbahas, namun tiada tindakan yang dilakukan. Sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri...
 Source 

23 comments:

  1. subhanallah.. ya allah...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  2. Ya Allah takut baca ni...
    Setuju sgt...tak perlu berbalah2 akhirnye takde penyelesaian....lebih baik muhasabah diri dan perkukuhkan keimanan bagi mghadapi hari yg bakal akn kite tempuh

    ReplyDelete
  3. hmm.. takut pulak bila baca entry ni.. huhu

    ReplyDelete
  4. dah mcm2 petanda mengenai hari kiamat yg Fiza baca.. mmg kiamat itu rahsia Allah, tetapi kita tidak boleh leka dalam kehidupan seharian...

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar, mmg ada baca kisah ini, dan para saintis barat masih terlalu ego utk mengakui kuasa Allah..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah...takutnya bila baca ni...

    ReplyDelete
  7. subahanallah...tak tahu pulak pasal kejadian ini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Subhanallah... DIA bisa melakukan apa saja yang dikehendakinya...
    Kita? ambil lah ikhtibar dan berusaha untuk mendapatkan keredhaanNya... :)

    ReplyDelete
  9. memang sudah terang lg bersuluh. hari tu kita dengar s'org non -muslim masuk Islam sbb dia kaji psl benda nilah..semua tu ada dlm Al-Quran..Subhanallah..

    ReplyDelete
  10. ya allah semakin dekat kite dengan akhir segala akhir..segala tanda ia telah tunjukkan serta turunkan tp masih ada yg menafikan +__+

    ReplyDelete
  11. subhanallah.. takut bila baca tp semuanya rahsia allah dan memang betul kisah ni

    ReplyDelete
  12. Yakain dan percayalah...sesungguhnya Allah Maha berkuasa.

    ReplyDelete
  13. kiamat mmg x pernah menjauh dari kita..

    ReplyDelete
  14. bersamalah kita memperbaiki diri dan bersedia untuk itu.. ingatan untuk diri aiza juga..

    ReplyDelete
  15. salam...betul tu...usahalah kita memperbaiki amalan kita,...amin

    ReplyDelete
  16. Asalam-o-Alykum, My name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w, My dreams about to Major Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time. I have shared many dreams on my fb page Allah and Muhammad pbuh in my Dreams and my blog Allah and Muhammad saww in my Dreams

    ReplyDelete

Designed By