Kenapa PageRank Penting Untuk Blog?


 
Google PageRank

Penting Ke PageRank Blog?


Kenapa PageRank Penting Untuk Blog? Sebenarnya itulah antara persoalan yang ramai ingin tau, terutama Blogger baru. Yalah kalau you all perasan dalam dua minggu ini ramai yang memperkatakan tentang Pagerank di Blog masing-masingkan. Kalau tak penting mesti  ramai yang tak kisah dan tak ternanti-nanti bilakah Google akan memberi penarafan terbaru untuk semua blog-blog atau website-website di seluruh dunia. 

Tapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kenapa Page Rank ni penting untuk Blog kita, jom kita tengok apa tu PageRank?

 

Apa Itu Page Rank?


PageRank secara AM nya adalah mechanism yang dicipta oleh Larry Page dan Sergey Brin untuk menentukan laman/Blog mana yang lebih popular dan layak untuk berada di halaman utama mesin carian google. PageRank dikira dari 0-10. 0 adalah ranking yang paling rendah manakala 10 adalah ranking yang paling tinggi. Semakin tinggi kedudukan laman/blog tersebut, bermakna semakin popularlah laman/Blog tersebut di enjin carian. Kalau nak tau PageRank Blog you all berapa, boleh check kat SINI ya!!!

Kenapa PageRank Penting?


Seperti yang kita kongsikan di awal tadi, PageRank ni secara amnya penting untuk semua Bloggers. Ianya ibarat grade peperiksaan. 1, 2 atau 3. Namun kita kena qualify kenyataan ni kerana ada juga Bloggers yang tak kisah pasal PageRank ni. Dan ada yang tak tau pun kewujudan PageRank.  Sebenarnya kepentingan PageRank ni banyak bergantung kepada apa tujuan masing-masing berblog. Jika hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang atau mencari alternatif tempat meluahkan perasaan maka PR pastinya bukan lah sesuatu yang penting. Tetapi jika you all ingin mencari pendapatan tambahan dari Blog maka PageRank adalah penting. 

Sebabnya lebih tinggi Pagerank sesebuah blog bermakna lebih stabil lah kedudukan Blog tersebut di google SERP. Jadi lebih banyaklah trafik organik yang akan menyusup ke Blog masing-masing. Secara automatik pageview Blog tersebut juga akan bertambah. Alexa Ranking juga akan bertambah baik. Di samping tu pengiklan selalunya lebih berminat untuk meletakkan iklan-iklan mereka di Blog-Blog yang mempunyai PR yang tinggi. Jadi kalau Blog you all salah seorang daripadanya maka bolehlah demand kan!!!!

Backlink Penting Untuk PageRank


Sebenarnya banyak cara untuk meningkatkan PageRank sesebuah Blog. Namun menurut 
Blog HH, rahsia yang paling utama adalah dengan membina banyak backlink berkualiti untuk blog masing-masing.  Caranya ialah dengan meninggalkan komen di blog-blog, website atau forum-forum yang mempunyai Pagerank serta kedudukan yang tinggi dalam enjin carian dengan kata kunci yang sama.

Sekiranya you all tak pasti mengenai kepentingan backlink kepada Blog, sila lah rujuk entri ini di Blog HH ya: Backlink dan Kepentingannya Untuk Blog

Komunikasi Sehala Penting Untuk PageRank


Dan kita perasan ada diantara bloggers yang selalu mengeluh kerana tidak mendapat perhatian daripada Blog-Blog popular setelah mereka meninggalkan komen di Blog tersebut. Sebenarnya kalau mengikut Blog DH, you all tak perlu risau kalau tuan punya Blog yang popular yang mempunyai ranking yang tinggi tidak membuat lawatan balas ke Blog you all kerana menurut beliau cara yang paling baik untuk menaikan pagerank blog kita adalah dengan komunikasi satu hala dari blog PR rendah ke blog PR lebih tinggi.

Sebenarnya ada lagi beberapa strategi menarik yang disenaraikan oleh DH yang akan digunakannya untuk menaikkan Pagerank Blog beliau pada tahun hadapan. So kalau you all serius nak tau lebih details cara untuk menaikkan Page Rank di Blog you all, boleh rujuk strategi DH di entri ni ya:  Pagerank Dan Blogrrr Awards


Comments

  1. baru tahu kepentingan PR ni dua minggu lepas D;

    ReplyDelete
  2. Thanks sis 4 d info...

    Idah 0 laa gamaknya... belog pun belum setahun jagung kan.. :D

    ReplyDelete
  3. masih belajar lagi bab blog nih.. thanks for the info...

    ReplyDelete
  4. nice sharing, ilmu bermanafaat untuk mama.. :)

    ReplyDelete
  5. alahai. licha punya baru 1. huhu

    ReplyDelete
  6. Sebelum ni tak berapa tahu, tapi bila dah blogger-blogger buat entri dan berikan sedikit info barulah jelas.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah . dpt lagi ilmu ttg pagerank nih ...thanks a lot dear .

    ReplyDelete
  8. sedih saya mizz soalnya blog saya pagerank nya mas nol besar hehehe ^^
    jadi harus semangat lagi ya agar blog bisa mendapatkan pagerank dari mbah google ^^
    thanks informasinya ya :)

    ReplyDelete
  9. nina baru PR1 tp alhamdulillah view byk bln lepas..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...rauzah,

    moga pr blog nie pun naik. Insaallah.

    mselim3

    ReplyDelete
  11. ternyata page rank penting untuk letakkan blog di page pertama enjin carian google..

    ReplyDelete
  12. mesti PR Rauzhah ne tinggi sbb ramai yg terjah ,,hehe :D, sy tak kesah sngt PR ne sbb macam kat entry atas ni kata..blog sekadar ingin kongsi luahan hati.. :D

    ReplyDelete
  13. T kasih diatas perkongsian info ni.. mmg perlu study ttg PR ni.
    Maplestory lagi sini.. :)

    ReplyDelete
  14. PR ni kena ambik jangka masa yg panjang nk naik.. so, kena banyak bersabar..

    ReplyDelete
  15. dua2 blog kathy baru PR1 sis..

    ReplyDelete
  16. Ya PR itu penting tapi bukanlah segalanya... Enjoy blogging :)

    ReplyDelete
  17. thaks share lawat juga http://tipsremaja1.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. pagerank 3 pun dah best sangat dah kalau dapat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat