Kisah Tragis Tiga Bayi

http://www.hdwallpapers3d.com/wp-content/uploads/2013/05/Lovely-Baby.jpg
Kisah Tragis Tiga Bayi

Kisah Tragis Tiga Bayi 


Kalau semalam kita berkongsi kisah tragis dimana seorang bayi yang telah di bakar hidup-hidup oleh ibunya yang disyaki mengalami masalah tekanan perasaan, hari ni ada tiga lagi kisah malang yang menimpa 3 bayi yang tidak berdosa. 

Bayi Di Buang Melalui Lubang Tandas


Seorang bayi lelaki ditemui mati selepas seorang remaja berusia 18 tahun itu yang dipercayai panik selepas kelahiran bayinya bertindak membuang anaknya melalui ruang udara tandas rumah ibu saudaranya. Pelajar kolej yang sedang bercuti di rumah ibu saudaranya, memberi alasan mengalami buasir selepas ibu saudaranya panik melihat darah di lantai tandas. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan. Mereka terkejut apabila diberitahu bahawa remaja tersebut sebenarnya baru bersalin. Mayat bayi yang cukup sifat itu kemudiannya dijumpai di luar rumah berhampiran tandas.

p/s: Apabila gagal mengawal diri inilah yang terjadi. Ini bukan kes yang pertama, kedua dan ketiga. Malah sudah puluhan atau mungkin ratusan kes seperti ini. Hanya iman yang mampu menjaga diri kita dari godaan syaitan.

Bayi Terjatuh Dari Tingkat Empat


Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh dari tingkat empat blok perumahan polis di Bukit Pelindung Kuantan. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, bayi malang terbabit, Muhammad Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh. Bapa mangsa dikatakan mendukung bayinya sambil membimbit bungkusan sampah untuk dibuang. 

p/s: Takziah kepada keluarga Mohammad Danial. Semuanya sudah mejadi ketentuan Allah. 

Bayi Di Tinggal Di Koridor


Seorang bayi perempuan ditemui di koridor sebuah flat di Paya Terubong di sini hari ini. Bayi yang dalam keadaan sihat itu ditemui penghuni flat berkenaan pada 8 pagi. Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan beberapa hari lepas. 

p/s: Siapalah ibu kepada bayi malang ini? Alhamdulillah usianya masih panjang.

Comments

  1. kesian kan...tapi gambar baby kt atas tu cute sgt

    ReplyDelete
  2. ya allah, kenapa diperlakukan anak begitu, dalam al Quran sendiri melarang kita membunuh anak kita... apa sudah jadi dengan manusia sekarang...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  3. banyak sangat kjadian mcm ni brlaku..kesian dekat baby yg tk brsalah tu..:)

    ReplyDelete
  4. yang kes bayi terjatuh tu kesian...bapanya mendapat satu pengajaran yang begitu mahal harganya..hopefully benda2 macam tu tak terjadi pada kita...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. yg mmg accident xsengaje xpe..ucapkan takziah tp pade yg sengaje nk buang anak dlm mangkuk tandas ape kes..aishhh geram pulakk

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..kesian nya kat baby...orang lain di luar sana ramai yg susah nak dpt anak...ni yg senang sgt dpt anak ..suka suki aje buang...geram betul la

    ReplyDelete
  7. tak semua orang nak anak dikurniakan anak. Kesian.

    ReplyDelete
  8. anak tak berdosa. seksanya dia ):

    ReplyDelete
  9. kesian..bayi yang tak berdosa menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  10. kesian nya kan... kerana kecuaian ibu bapa anak2 kecil ni yang menjadi mangsa

    ReplyDelete
  11. saya baca pun rasa kesian..sidih baca...

    ReplyDelete
  12. apa nk jd dgn org2 ni.. sanggup buat bayi sendiri mcm2. org yg xda anak lg lah kesian

    ReplyDelete
  13. mana hilangnya peri kemanusiaan..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah.. kesiannya. MashaAllah...

    ReplyDelete
  15. Masya-Allah, bayi itu tidak tahu apa-apa. Kita sebagai manusia yang dah ada akal ini gunakanlah sebaik mungkin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat