Permohonan BR1M 3 Untuk 2014 Di Buka Sekarang!!!!
BR1M 3 (2014)
Permohonan BR1M 3 Di Buka
Berita baik untuk semua penerima BRIM 3. Permohonan BR1M 3 telah dibuka mulai semalam sehingga 31 Dis 2013. Kepada penerima BR1M yang sedia ada, tak perlu mendaftar lagi ya. Tapi apa yang you all perlu lakukan adalah mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Pendaftaran dan Permohonan Online BR1M 3
Manakala bagi pemohon yang baru, you all boleh mendaftar secara online di E-BR1M 2014. Kalau tak nak buat online, boleh mendaftar secara
manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 3 (2014) yang boleh didapati di pejabat cawangan dan
pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebelum membuat permohonan, pastikan semua syarat dibawah dipenuhi:
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3
1. Warganegara
Malaysia
2. Lelaki
atau perempuan yang menjadi ketua
kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan
kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan
jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
4. Bujang yang berumur
21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan
ke bawah.
Pembayaran BR1M 3
Pembayaran BR1M 3 akan dibuat kepada semua penerima yang layak bermula Februari 2014.
Pertanyaan Mengenai BR1M 3
Kalau ada sesiapa yang mempunyai pertanyaan mengenai BR1M 3, boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai semalam (23 Dis), dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
semoga info ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteSemoga dpt membantu meringankan beban kpd yg layak & memerlukan, in shaa Allah...
ReplyDeleteinfo yang menarik, mama kemas kini di laman sesawang je.. :)
ReplyDeletesemoga bermanfaat untuk mereka yg membutuhkan ;)
ReplyDeletealhamdullilah boleh tambah2 utk keperluan sekolah
ReplyDeletetak lepas nk memohon juga.. huhu
ReplyDeletetqvm sis..
ReplyDeleteinfo berguna kepada mereka2 yang layak memohon :)
ReplyDeletethanx Raudzah..kita baru nak cuba tahun ni..semoga la kita layak..huhu
ReplyDeleteaiza layak memohon.. terima aksih info ini.. menabung 2inti&1transitions untuk raudzah.. :D
ReplyDeleteKepada yang belum berbuat demikian, bolehlah berbuat segera.
ReplyDeleteupdatelah ya pada siapa yang wajib benar memerlukan.
ReplyDelete