Kunci Bahagia
Kunci Bahagia
Setiap kita yang dilahirkan ke dunia ini inginkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Jika kunci bahagia itu boleh dibeli dengan senang, pasti ramai yang ingin mendapatkannnya, walaupun mungkin sedikit mahal.
Tapi Allah itu sememangnya adil lagi mengasihani. Kunci bahagia sebenarnya tidak perlukan duit atau modal. Tapi ia perlukan didikan hati. Hanya yang benar-benar menjaga kesucian hati mereka bakal dianugerahkan Allah dengan kebahagiaan.
7 Kunci yang perlu dimiliki dan dijaga adalah:
1. Janganlah kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. Ingatlah jika hati kita dekat dengan Allah, pasti kita sentiasa dalam peliharaanNYA.
2.
Jangan sesekali kita membenci siapapun walau dia menyakiti hati atau
mengambil hak kita. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
3. Hiduplah dalam kesederhanaan. Jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain jika kita tidak mampu. Tak perlu stress kan diri.
4. Sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri kita.
5. Perbanyaklah memberi walau rezeki kita terbahagi. Ingatlah semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang diganti.
6. Tersenyumlah selalu walau diuji dengan pelbagai dugaan. Senyum itu adalah sedekah yang berharga tapi paling senang dilakukan. Ia adalah terapi jiwa. Apabila kita tersenyum mood dalaman kita juga turut bertukar.
7. Jangan berhenti berdoa untuk diri kita, keluarga dan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Ingatlah Doa itu adalah ibadah dan ia boleh dilakukan dimana sahaja.
Jom sama-sama kita perbaiki diri k..Semoga hidup akan lebih bahagia!!!!
Sesuatu yang bermanafaat dikongsikan. terima kasih kak..!!
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com
T.kasih Raudzah...perkongsian yg sgt baik utk manafaat bersama
ReplyDeleteKebahagiaan dunia dan akhirat...itulah matlamatnya.
ReplyDeleteJgn sampai terhilang kunci.
Salam manis dari Relaks Minda
nice sharing... :)
ReplyDeleteNo 1 paling penting. Hehe. Sentiasa positif.
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bermanfaat :)
ReplyDeletesemoga ia dijadikan kunci terbaik sepanjang tahun 2014~~
menarik..
ReplyDeletesangat bermanfaat perkongsian mengenai kunci bahagia ini raudzah.. bersama-sama kita mengamalkannya.. semoga kita menjadi orang yang bahagia.. menabung 2inti&1churp2 untuk raudzah.. :D
ReplyDeletemoga kita dapat mengamalkannya dan menjadi orang yang bahagia :)
ReplyDeleteKbhagiaan semuanya dtg dr hati.. Kalau hati bersih, semua mslh dpt d atasi..
ReplyDeleteSubhanallah.. kebahagiaan itu satu anugerah.. sentiasalah kita bersyukur dgn sentiasa menjaga kuncinya..
ReplyDeleteMotivasi pagi ini....tq Raudzah...
ReplyDeletehanya kerana dia ;)
ReplyDelete