Breaking News

Monday, January 27, 2014

Banyaknya Kalori Nasi Lemak.....

Embedded image permalink
Source

Kalori Nasi Lemak


Bayangkan pagi tadi you all makan nasi lemak dengan ayam goreng. Secara total kalori yang diambil adalah 934. Itu baru sarapan pagi ya. Belum masuk Makan tengah hari dan makan malam. Banyakkan...Macammana nak diet ni? 

Sejujurnya kita bukanlah penggemar nasi lemak ataupun makanan yang agak berat. Cuma masalahnya kita adalah penggemar makanan yang tinggi kandungan gula. All the sweet things. Tu yang bahaya tu. Nway untuk mengurangkan risiko pertambahan berat badan dan juga serangan penyakit yang merbahaya, disini ada sedikit panduan yang kita semua boleh jadikan rujukan mengenai kalori dan keperluan kepada tubuh manusia. Panduan ni di extract dari Putra Mahkota.Com

Apakah dia kalori?


Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga makanan. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup iaitu untuk organ-organ kita berfungsi dengan baik. Kita memperolehi tenaga (kalori) daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Berapakah kalori diperlukan manusia?


Lelaki        :  2000 - 2500 kalori sehari (purata 2200 kalori)
Perempuan : 1600 - 2000 kalori sehari (purata 1800 kalori)

p/s: Boleh Klik SINI untuk dapatkan kalori sebenar you all.

Apa akan berlaku sekiranya kita makan 4000 kalori ?


Secara purata seoarng lelaki akan membakar 2200 kalori sehari, manakala seorang perempuan hanya membakar 1800 kalori. Jadi, ke mana perginya lebihan 1800 kalori (lelaki) dan 2000 (perempuan). Sudah tentu akan ditukar menjadi lemak. Lemak inilah yang menyebabkan berat badan kita semakin bertambah dan kita jadi GEMUK. 

Kita akan menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang mempunyai kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan kita. Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan disimpan sebagai lemak dan akan menaikkan 1 kg berat badan.

So mulai dari hari ini, bolehlah you all buat calculation ya mengenai pengambilan kalori dalam makanan. Dan pastikan ada aktiviti pembakaran kalori setiap hari. Kalau tak ada bermakna lebihan kalori akan terkumpul sebagai lemak. Boleh rujuk kepada 30 Minit Yang Berharga untuk aktiviti pembakaran kalori k. So selamat menjalani kehidupan yang sihat untuk semua!!!

12 comments:

  1. jarang2 Farah sentuh nasi lemak ni, heee, takut menembun lagi...

    ReplyDelete
  2. mama sekali sekala je, tapi biasanya kalau mama buat nasi lemak, kandungan lemaknya mama kurangkan.. mama cukup jaga kandungan lemak dan garam kalau masak..

    ReplyDelete
  3. minat sungguh akak ngan nasi lemak ni...tapi lepas ni kena beringat ler..huhu

    ReplyDelete
  4. Tapi suka gak mkn wlpun byk kalori...

    ReplyDelete
  5. abe kie tetap maintain berat below 80kg. makan byk dah tp tetap x naik2. syukur..mungkin kadar metabolisme rendah kot?

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. dikurniakan tubuh yg masih maintain walaupun makan apa jer.. syukurlah.. setakat ni belum pernah kena tahap obesiti lg..huhu :P

    ReplyDelete
  7. Nasi lemak...faveret...huhu..nampaknya kena kawal pengambilan makanan

    ReplyDelete
  8. Susah nk jumpa org yg tak suka makan nasi lemak ni.. pakar pemakanan sihat pun tak boleh nak menolak aura pesona nasi lemak. Bnyk lemak pun sikit2 makan jugak hehee :D

    ReplyDelete
  9. Tulah tu Raudzah.... nk kurus tp mekantak bukan main lagi...pas tu tak mo exercise pulak tu

    ReplyDelete
  10. banyak kalori pun tetap suka makan...hehehe

    ReplyDelete

Designed By