Dia Berkorban Demi Ayah
Dia Berkorban Demi Ayah
Tidak semua anak yang sanggup berkorban demi ayah atau ibu masing-masing. Tapi bagi Guo Shijun, 20, penuntut sebuah universiti ternama di China ibu dan ayah adalah segalanya bagi beliau. Dan kini beliau dapat menarik nafas lega apabila hasratnya untuk membawa ayahnya yang lumpuh dari pinggang ke bawah tinggal bersamanya diasrama akhirnya menjadi kenyataan apabila rayuannya telah diluluskan oleh pihak universiti.
Menyewa Bilik Asrama Untuk Ayahnya
Beliau berbuat demikian kerana ibunya disahkan mengalami sakit mental dan tidak boleh menjaga ayahnya. Memandangkan datuk dan neneknya hanya mampu menjaga ibunya, beliau membuat keputusan untuk menjaga ayahnya untuk memastikan ayahnya mendapat penjagaan yang lebih baik. Memandangkan beliau masih belajar, dia bertekad menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universiti untuk ayahnya supaya dia tidak perlu bergegas untuk memeriksa bapanya setiap kali waktu pertukaran subjek dan semasa rehat makan tengah hari.
Pastikan Ayahnya Terjaga
Meminjam Duit Untuk Menanggung Ayahnya
Memandangkan beliau bukanlah dari keluarga yang senang, beliau terpaksa membuat pinjaman daripada rakan-rakan dan saudara-mara untuk menanggung kos yuran pengajian, makan minum, bil-bil dan kos penjagaan untuk ibu bapanya.
Biarpun pelbagai dugaan yang dihadapi yang telah menyebabkan pelajarannya sedikit terganggu, namun beliau bersyukur kerana masih berjaya memperoleh markah yang cemerlang dalam peperiksaannya. Baginya hidup ini sebenarnya tidak mudah tetapi satu-satunya jalan keluar dari masalah ini ialah melalui kerja keras. Dan setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan dan kita tidak boleh merungut.
P/s: Kudos untuk Guo Shijun. Inilah kasih sayang sebenar. Kita sendiri tidak tahu samada kita mampu melakukannya jika diuji sebegini...
Pernah baca artikel ni. Terharu :')
ReplyDeleteYa IN Artikel ni quite sometimes. Dah ada dalam draft lama..memang terharukan!!!
Deleteseorang anak yang betul-betul bertanggungjawab :)
ReplyDeleteExactly Shafiq...Tak semua anak boleh buat macam ni kan...
DeleteTerharu baca kisah ini.
ReplyDeleteSangat-sangat cikgu..
Deleteterharu sangat baca kisah ni...memang seorang anak yang bertanggungjawab :)
ReplyDeleteSangat-sanagt bertanggungjawab Puteri..untung parents dia..
Deleteha ah sangat beruntung..tak ramai anak muda sekarang yang sanggup berkorban sebegini
Deleteterharu... pengorbanan anak untuk ayahnya
ReplyDeleteSemoga kita semua boleh mencontohi diakan...bukan senang tu acik...
DeleteKagum betul dgn dia ni...
ReplyDeleteHari tu ada kawan cerita pasal kisah budak ni...mohon share cerita ni ya..
ane termasuk ngggak ya
DeleteBesar pengorbanannya. Agar ia menjadi tauladan kepada kita semua.
ReplyDeleteTerharu membaca ni.. semoga beliau terus tabah.. mmg usaha yg sgt mulia...
ReplyDeleteBertuah dia terpilih utk memiliki hati yg murni cmtu
ReplyDeletemoga dia akan berjaya menggapai segala impiannya satu hari nanti berkat ketaatannya pada orang tua..
ReplyDeleteberuntung ayahnya kerana mendapat anak yang berbakti seperti itu.. sungguh mulia pengorbananya beliau.. doakan semoga ayahnya cepat sembuh dan semoga beliau berjaya di dalam pelajarannya..
ReplyDelete