Skip to main content

Dia Berkorban Demi Ayah

Sedang menyediakan makanan untuk ayahnya yang lumpuh di bilik 
asrama universitinya

Dia Berkorban Demi Ayah


Tidak semua anak yang sanggup berkorban demi ayah atau ibu masing-masing. Tapi bagi Guo Shijun, 20, penuntut sebuah universiti ternama di China ibu dan ayah adalah segalanya bagi beliau. Dan kini beliau dapat menarik nafas lega apabila hasratnya untuk membawa ayahnya yang lumpuh dari pinggang ke bawah tinggal bersamanya diasrama akhirnya menjadi kenyataan apabila rayuannya telah diluluskan oleh pihak universiti.

Menyewa Bilik Asrama Untuk Ayahnya


Beliau berbuat demikian kerana ibunya disahkan mengalami sakit mental dan tidak boleh menjaga ayahnya. Memandangkan datuk dan neneknya hanya mampu menjaga ibunya, beliau membuat keputusan untuk menjaga ayahnya untuk memastikan ayahnya mendapat penjagaan yang lebih baik. Memandangkan beliau masih belajar, dia bertekad menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universiti untuk ayahnya supaya dia tidak perlu bergegas untuk memeriksa bapanya setiap kali waktu pertukaran subjek dan semasa rehat makan tengah hari.

Pastikan Ayahnya Terjaga

Meminjam Duit Untuk Menanggung Ayahnya


Memandangkan beliau bukanlah dari keluarga yang senang, beliau terpaksa membuat pinjaman daripada rakan-rakan dan saudara-mara untuk menanggung kos yuran pengajian, makan minum, bil-bil dan kos penjagaan untuk ibu bapanya. 

Biarpun pelbagai dugaan yang dihadapi yang telah menyebabkan pelajarannya sedikit terganggu, namun beliau bersyukur kerana masih berjaya memperoleh markah yang cemerlang dalam peperiksaannya. Baginya hidup ini sebenarnya tidak mudah tetapi satu-satunya jalan keluar dari masalah ini ialah melalui kerja keras. Dan setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan dan kita tidak boleh merungut.

P/s: Kudos untuk Guo Shijun. Inilah kasih sayang sebenar. Kita sendiri tidak tahu samada kita mampu melakukannya jika diuji sebegini...

Comments

  1. Pernah baca artikel ni. Terharu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya IN Artikel ni quite sometimes. Dah ada dalam draft lama..memang terharukan!!!

      Delete
  2. seorang anak yang betul-betul bertanggungjawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Shafiq...Tak semua anak boleh buat macam ni kan...

      Delete
  3. terharu sangat baca kisah ni...memang seorang anak yang bertanggungjawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat-sanagt bertanggungjawab Puteri..untung parents dia..

      Delete
    2. ha ah sangat beruntung..tak ramai anak muda sekarang yang sanggup berkorban sebegini

      Delete
  4. terharu... pengorbanan anak untuk ayahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua boleh mencontohi diakan...bukan senang tu acik...

      Delete
  5. Kagum betul dgn dia ni...
    Hari tu ada kawan cerita pasal kisah budak ni...mohon share cerita ni ya..

    ReplyDelete
  6. Besar pengorbanannya. Agar ia menjadi tauladan kepada kita semua.

    ReplyDelete
  7. Terharu membaca ni.. semoga beliau terus tabah.. mmg usaha yg sgt mulia...

    ReplyDelete
  8. Bertuah dia terpilih utk memiliki hati yg murni cmtu

    ReplyDelete
  9. moga dia akan berjaya menggapai segala impiannya satu hari nanti berkat ketaatannya pada orang tua..

    ReplyDelete
  10. beruntung ayahnya kerana mendapat anak yang berbakti seperti itu.. sungguh mulia pengorbananya beliau.. doakan semoga ayahnya cepat sembuh dan semoga beliau berjaya di dalam pelajarannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat