Breaking News

Thursday, January 2, 2014

Fenomena Aneh Laut Terbelah Dua Di Korea Selatan

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/12/laut-terbelah-korea-selatan-300x170.jpg
Laut Terbelah Dua

Laut Terbelah Dua


Fenomena Aneh Laut Terbelah Dua Di Pulau Jindo, Korea Selatan mempunyai ceritanya yang tersendiri. Menurut penduduk setempat kejadian tersebut dipercayai ada kaitan dengan kisah Dewa laut yang memisahkan laut tersebut untuk menyelamatkan seorang wanita tua, Pong dari serangan harimau yang menyerang kampung mereka.

Kisah Laut Merah Terbelah Dua


Bagi kita umat Islam, kisah Laut Merah terbelah dua ada diceritakan dalam Kitab Al-Quran Surah 26: Al-Shu'ara ayat 60-67. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Musa apabila Beliau dan pengikutnya Bani Israel, keluar meninggalkan bumi Mesir menghala ke tanah Kanaan / Palestin untuk menyelamatkan diri dari kekejaman Firaun.

Ketika Firaun dan pengikutnya menghampiri mereka, Nabi Musa mengangkat tongkat seraya berdoa dan memukul air laut. Terjadilah ombak besar seperti gunung. Air Laut Merah melambung tinggi, terbahagi kepada dua dan rombongan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut itu dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyusul dari belakang tetapi terperangkap kerana air laut kembali bertaut. Firaun dan tenteranya terbunuh akibat lemas.

 http://adventuresintomorrowland.files.wordpress.com/2012/04/img_3968.jpg
Laut Terbelah Dua Akibat Pertembungan Arus

Laut Terbelah Dua Akibat Pertembungan Arus


Dari segi scientific, Fenomena laut terbelah dua yang berlaku beberapa kali dalam setahun di pantai Jindo dipercayai berlaku akibat pertembungan arus secara serentak yang menyebabkan air surut sebanyak tujuh meter lalu menyebabkan lautan terbelah dan menjadikan laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 60 meter.

 http://seongyosa.files.wordpress.com/2012/07/jindo-island-miracle-141.jpg 
Pesta Laut Terbelah Jindo.

Pesta Laut Terbelah Jindo


Setiap kali fenomena aneh ini berlaku diantara bulan Mac dan Jun setiap tahun, jutaan pelancong singgah di Pulau Jindo untuk meraikan pesta yang dikenali sebagai “Jindo Yeongdeung Festival” atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Pada ketika ini, ribuan hasil lautan seperti tiram, ketam dan rumpai laut boleh didapati ketika lautan surut.
 
Pada ketika peristiwa ini berlaku, ramai penduduk tempatan yang berhajat mengambil peluang berdoa dan bersembahyang di sini. Mereka percaya ada kejadian ghaib disebalik peristiwa tersebut. Walau apa pun cerita disebalik kejadian, kita sebagai orang Islam wajib percaya itulah kebesaran Allah. Tidak ada yang mustahil.

21 comments:

  1. SubhanAllah... tiada apa yang mustahil bila Allah menghendaki sesuatu itu terjadi!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.... kita jangan lihat je kejadian ni....

    ReplyDelete
  3. subhanallah memang menakjudkan..:) nice sharing

    ReplyDelete
  4. Singgah ari ni & terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

    ReplyDelete
  5. subahanallah..betapa besarnya kuasa Allah s.w.t

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Maha Besar Allah..tapi bayangkan masa diorang tgh berpesta air laut tu bertemu kembali amacam yer?ngeri nak bayangkan...

    ReplyDelete
  7. Stuju dengan Kathy... skali tetiba arus tu sekata semulaa.. haa hambik korang... :D pesta pulakk...

    ReplyDelete
  8. Menyaksi keunikan alam menyedarkan betapa besarnya kuasa Ilahi

    ReplyDelete
  9. antara bulan mac ngan jun jugak, dia boleh jimat duit x yah naek bot. sbb bole jalan kaki je.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah.. ini secara tidak langsung membenarkan Al Quran Al Karim...

    ReplyDelete
  11. Tiada yang peliknya, sebaliknya kebesaran Allah SWT ini telah ditunjukkan pada zaman Nabi Musa lagi kan.

    ReplyDelete
  12. tiada siapa mampu tandingi kekuasaanNya :)

    ReplyDelete

Designed By