Fenomena Aneh Laut Terbelah Dua Di Korea Selatan
Laut Terbelah Dua
Laut Terbelah Dua
Fenomena Aneh Laut Terbelah Dua Di Pulau Jindo, Korea Selatan mempunyai ceritanya yang tersendiri. Menurut penduduk setempat kejadian tersebut dipercayai ada kaitan dengan kisah Dewa laut yang memisahkan laut tersebut untuk menyelamatkan seorang wanita tua, Pong dari serangan harimau yang menyerang kampung mereka.
Kisah Laut Merah Terbelah Dua
Bagi kita umat Islam, kisah Laut Merah terbelah dua ada diceritakan dalam Kitab Al-Quran
Surah 26: Al-Shu'ara ayat 60-67. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi
Musa apabila Beliau dan pengikutnya Bani Israel, keluar meninggalkan
bumi Mesir menghala ke tanah Kanaan / Palestin untuk menyelamatkan diri dari kekejaman Firaun.
Ketika Firaun dan pengikutnya menghampiri mereka, Nabi Musa mengangkat tongkat seraya berdoa dan memukul air laut.
Terjadilah ombak besar seperti gunung. Air Laut Merah melambung tinggi,
terbahagi kepada dua dan rombongan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut
itu dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyusul dari
belakang tetapi terperangkap kerana air laut kembali bertaut. Firaun dan
tenteranya terbunuh akibat lemas.
Laut Terbelah Dua Akibat Pertembungan Arus
Laut Terbelah Dua Akibat Pertembungan Arus
Dari segi scientific, Fenomena laut terbelah dua yang berlaku beberapa kali dalam setahun di pantai Jindo dipercayai berlaku akibat
pertembungan arus secara serentak yang menyebabkan air surut sebanyak
tujuh meter lalu menyebabkan lautan terbelah dan menjadikan laluan
sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 60 meter.
Pesta Laut Terbelah
Jindo.
Pesta Laut Terbelah Jindo
Setiap kali fenomena aneh ini berlaku diantara bulan Mac dan Jun setiap tahun, jutaan pelancong singgah di Pulau Jindo untuk meraikan pesta yang
dikenali sebagai “Jindo Yeongdeung Festival” atau Pesta Laut Terbelah
Jindo. Pada ketika ini, ribuan hasil
lautan seperti tiram, ketam dan rumpai laut boleh didapati
ketika lautan surut.
Pada ketika peristiwa ini berlaku, ramai penduduk tempatan yang berhajat mengambil peluang berdoa dan bersembahyang di sini. Mereka percaya ada kejadian ghaib disebalik peristiwa tersebut. Walau apa pun cerita disebalik kejadian, kita sebagai orang Islam wajib percaya itulah kebesaran Allah. Tidak ada yang mustahil.
SubhanAllah... tiada apa yang mustahil bila Allah menghendaki sesuatu itu terjadi!
ReplyDeleteSubhanallah.... kita jangan lihat je kejadian ni....
ReplyDeletenice post sahabat
ReplyDeleteRahasia ilahi.. Awesome ya..
ReplyDeletesubhanallah memang menakjudkan..:) nice sharing
ReplyDeleteSinggah ari ni & terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!
ReplyDeleteAllah Maha Berkuasa...
ReplyDeletesubahanallah..betapa besarnya kuasa Allah s.w.t
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Allah maha berkuasa...
ReplyDeletesubahanallah..
ReplyDeletesiap ada pesta lagi kan?..
ReplyDeleteMaha Besar Allah..tapi bayangkan masa diorang tgh berpesta air laut tu bertemu kembali amacam yer?ngeri nak bayangkan...
ReplyDeleteStuju dengan Kathy... skali tetiba arus tu sekata semulaa.. haa hambik korang... :D pesta pulakk...
ReplyDeletekuase allah..subhanallah!!
ReplyDeleteMenyaksi keunikan alam menyedarkan betapa besarnya kuasa Ilahi
ReplyDeleteantara bulan mac ngan jun jugak, dia boleh jimat duit x yah naek bot. sbb bole jalan kaki je.
ReplyDeletesubhanallah.. luas tu lebar 60m..
ReplyDeleteitulah kuasa Allah
ReplyDeleteSubhanallah.. ini secara tidak langsung membenarkan Al Quran Al Karim...
ReplyDeleteTiada yang peliknya, sebaliknya kebesaran Allah SWT ini telah ditunjukkan pada zaman Nabi Musa lagi kan.
ReplyDeletetiada siapa mampu tandingi kekuasaanNya :)
ReplyDelete