Breaking News

Wednesday, January 22, 2014

Ibu Subahat Bunuh Nursyafiqah 2 Tahun Di Paka?

Nursyafiqah Di Bunuh Kejam

Ibu Subahat Bunuh Nursyafiqah 


Tiga suspek pembunuhan kejam adik Nursyafiqah, 2 tahun dari PakaTerengganu telah ditahan polis. Dan yang lebih malang ibu mangsa, adalah salah seorang suspek yang dipercayai bersubahat dalam pembunuhan kejam ini. Suspek utama kes pembunuhan tersebut adalah teman lelaki ibu mangsa yang berusia 25 tahun.


Foto
Ibu Mangsa Dipercayai Bersubahat Membunuh Nursyafiqah

Ibu Mangsa Buat Laporan Palsu


Pihak polis juga memaklumkan laporan yang dibuat ibu mangsa sebelum ini mengenai kehilangan anaknya, yang didakwa diculik seorang lelaki dikenali ketika kanak-kanak itu ditinggalkan dalam kereta MyVi di hadapan sebuah restoran di Kuala Paka pada pukul 730 malam adalah palsu. Beliau mengaku berbuat demikian kerana diminta oleh teman lelakinya, suspek utama. Hasil siasatan polis mendapati teman lelaki ibunya, adalah orang terakhir bersama mangsa selepas dia membawa kanak-kanak itu dengan keizinan ibunya pada jam 11 pagi Jumaat lalu.


Suspek Kes Bunuh Di Bawah Pengaruh Dadah


Semua suspek yang ditahan berada di dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah. Polis juga percaya semua suspek termasuk ibu mangsa terlibat dengan dadah dan turut menjadi pengedar secara kecil-kecilan. Hmmm....

p/s: Sedih...Inilah akibat dadah. Hilang segala sifat kemanusiaan. Sampai hati ibu dia buat macam tu.


Source

20 comments:

  1. masih terbayang mama bagaimana si anak itu meraung dan mengerang kesakitan.. ya allah....

    ReplyDelete
  2. takde hati perut betol si mak ni pon...tergamak dia biar anak dia dibunuh....kejam!!!!!!

    ReplyDelete
  3. nauzubillahminzalik... sanggup biar org bunuh anak dia sniri

    ReplyDelete
  4. kesian sgt la kat budak tu.. haihh.. sampai mati kot.

    ReplyDelete
  5. sedih apabila ibu kandung sendiri sanggup bertindak kejam begitu.. semoga undang-undang dapat menghukum mereka yang bersalah..

    ReplyDelete
  6. sedih & sebak sgt KA bila baca berita ni, apalgi bila melibatkan anak2 kecil !

    ReplyDelete
  7. nk anak tp buat macma ni..cm tuh baik xyh lahirkan..sng cite

    ReplyDelete
  8. Apalah.. speechless.. sedihlah mcm ni...

    ReplyDelete
  9. Ya ALLAH, sampai macam itu ibu pun bersubahat. tersangat kejam

    ReplyDelete
  10. serius..mmg sakit hati.. kenapa perlu wujud org2 macam nie kat dunia... xde perikemanusiaan..

    ReplyDelete
  11. bila kelahiran anak tu dianggap sebagai beban ... kos sara hidup dan tiada iman jadikannya begitu .

    ReplyDelete
  12. tak tau nak kata apa bila ibu kandung turut terlibat..hurmmm kesian anak yang tak berdosa tu

    ReplyDelete
  13. dah banyak kali refresh tapi masih ada burung biru je..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah..x tau nak ckp apa..kesian dgn adik ni

    ReplyDelete
  15. Ermmm... dah agak dah.. nie kalau tak bawah pengaruh alcohol mesti dadah...

    Pembunuhnya mesti sedang dalam keadaan khayal tu.. kalau tak camana dia boleh sanggup bunuh anak sekecil itu...

    ReplyDelete
  16. Allahuakbar.. Sedih sungguh. Sanggup buat anak kecil macam tu..

    ReplyDelete
  17. Bila keadaan dah terdesak, dah tu ada pengaruh dadah pulak emm......dia rasa budak tu menyusahkalah kot...

    ReplyDelete

Designed By