Breaking News

Thursday, February 13, 2014

4 Solat Sunat Yang Di Tuntut

Salam Jumaat Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

Solat Itu Amatlah Berat Kecuali Untuk Orang-Orang Yang Khusyuk

Solat Sunat


Solat sunat adalah solat yang mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan bagi penganut ugama Islam. Berbeza dengan solat fardu yang digalakkan untuk didirikan secara berjemaah, solat sunat boleh dilakukan secara berjamaah atau secara bersendirian. 

Biarpun solat ini tidak berdosa jika ditinggalkan, kita sebagai umat Islam amatlah dituntut untuk mengamalkan sebanyak mungkin solat sunat bagi menampung segala kekurangan yang berlaku dalam solat fardu. Antara solat sunat yang dituntut untuk dijadikan amalan harian adalah:

4 Solat Sunat Yang Di Tuntut:


1. Solat Rawatib


Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu. 
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa sehari semalam mengerjakan shalat 12 raka’at (sunnah rawatib), akan dibangunkan baginya rumah di surga, yaitu: 4 raka’at sebelum Zhuhur, 2 raka’at setelah Zhuhur, 2 raka’at setelah Maghrib, 2 raka’at setelah ‘Isya dan 2 raka’at sebelum Shubuh. (HR. Tirmidzi no. 415 dan An Nasai no. 1794, kata Syaikh Al Albani hadits ini shahih).

2. Solat Tahajud (Solat Malam)

Solat Tahajud ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail. Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam.
Allah berfirman yang ertinya: Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji" [al-Quran 17:79].
Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri. 
Baginda bersabda yang ertinya, Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, Muharram. Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam. (HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah)

3. Solat Witir


Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak. Kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

4. Solat Dhuha


Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya. Ianya boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).
Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada pagi hari diharuskan bagi kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanalah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga adalah sedekah. Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua diganti dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at. (HR. Muslim no.  720)

Jom sama-sama kita perbaiki kekurangan solat wajib kita dengan memperbanyakkan solat sunat. Jika tidak boleh kesemuanya, amalkan salah satu daripadanya secara istiqamah. Semoga kita dalam peliharaanNya. Aminn!!!

16 comments:

  1. terima kasih..hampir terlupa sy pasal Dhuha pg ni., inilah bagusnya kalau selalu memberikan peringatan dalam perbuatan kita seharian..

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Raudzah.. timekasi refresh tentang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Nurul & You are most welcome...

      Delete
  3. Salam jumaat ...peringatan yg bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mas & Salam Jumaat to you too!!!

      Delete
  4. Salam Jumaat..thanks 4 sharing RDZ..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana mengingatkan aiza.. ada di antara solat itu sudah lama aiza tidak lakukan..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah.. t kasih diatas peringatan ini Raudzah.. salam jumaat.. :)

    ReplyDelete
  7. info yang amat berguna untuk pembaca..tqvm sis..

    ReplyDelete
  8. Mmg seronok sgt klu dpt buat... Klu x caya cuba buat... Sedih klu x dpt.buat..

    ReplyDelete
  9. insaflah anak muda . infiru

    ReplyDelete
  10. شركة تنظيف مساجد بالرياض

    شركة تخزين عفش بالرياض

    تقوم كذلك بتقديم كافة التسهيلات وسيارات النقل لتحصل على افضل خدمة شراء اثاث مستعمل بالرياض
    علما بان الشركة تستخدم افضل المنظفات والمطهرات والمعقمات التى تحقق اعلى نتائج التنظيف المطلوبة فى تنظيف منازل بالرياض
    وتنظيف الفلل والشقق وكافة المؤسسات الاخرى
    لتصبح شركة الاخلاص افضل شركة غسيل خزانات بالرياض بجانب خدمات التعقيم والتطهير المميزه التى تتم باستخدام افضل المواد المنظفه والمحاليل المطهره والتى تحقق اعلى نتائج خاصة بتنظيف خزانات المياه بالرياض

    وتقوم ايضا بتنظيف كنب بالرياض فهى افضل شركة تنظيف كنب بالرياض وبالمملكة فابتصالك بنا تحصل على افضل شركة تنظيف
    مع العلم ان شركة نقل عفش بالرياض تقدم خدمات نقل الاثاث الدولى خارج الممكلة بكل سهولة بالاعتماد على احدث سيارات الشحن الدولى والتى تتميز بالسرعه والامان عند نقل الاثاث

    فشركة الاخلاص شركة كشف تسربات المياه بالرياض تسعى بكل جهدها للوصل لحل لهذه التسريبات والتقليل من فاتورة المياه الخاصه بك بعد حل مشكلة التسربات بالاعتماد على اقوى وافضل عماله متخصصه وخبرة فى استخدام هذه الاجهزة باحتراف
    شركة رش مبيدات بالدمام

    شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض

    شركة مكافحة صراصير بالرياض
    ونقدم افضل خدمة جلى بلاط بالرياض فشركة البيت الافضل تشتهر بانها افضل شركة جلى بلاط بالرياض
    تعمل على جلى جميع انواع البلاط والرخام

    ReplyDelete

Designed By