Breaking News

Friday, February 14, 2014

5 Gambar Letusan Gunung Berapi Kelud Di Surabaya

http://resources1.news.com.au/images/2014/02/14/1226827/545425-e09b7cf8-9543-11e3-831f-628faee552fc.jpg
Gunung Berapi Kelud

Letusan Gunung Berapi Kelud


Masyarakat Indonesia sentiasa diuji Allah. Gunung berapi meletus silih berganti. Terbaru Gunung Berapi Kelud, yang terletak 90km di barat daya Surabaya dan 200km dari Yogyakarta, telah meletus sebanyak dua kali pada hari khamis yang lalu menyebabkan Seramai 200,000 penduduk Kepulauan Jawa, Jawa Timur terpaksa dipindahkan. Sehingga kini 3 orang dilaporkan terkorban.

http://media.viva.co.id/thumbs2/2014/01/22/237520_gunung-sinabung-meletus-lagi--21-januari-2014-_663_382.jpg
Letusan Gunung Sinabung

Awal bulan ini, kalau you all masih ingat, Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara telah meledak menyebabkan 16 orang terkorban. Kalau tengok pada gambar memang mengerikan. Letusan Gunung Kelud juga tidak kurang ngerinya. Abu panas dan hujan batu dihamburkan setinggi 3,000m ke udara. Dahsyatkan. 

Indonesia town covered in ash
Kesan Letusan
Kesan Letusan
People flee Indonesian volcano
Selamatkan Diri

Korban Gunung Berapi Kelud


Pada tahun 1919, 5160 penduduk telah terkorban apabila Kelud memuntahkan lava dan abu serta asap panas. Letupan tersebut dianggap terbesar dalam abad ke 20. Kali terakhir ia meletus yang mengorbankan penduduk disekitar ialah pada tahun 1990, apabila lebih 30 orang terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera. 

Semoga Allah melindungi rakan-rakan kita di sana. Aminn!!!

20 comments:

  1. di atas peta , indonesia terletak di kawasan lingkaran gunung berapi ... semoga mereka tabah menghadapi mother nature nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ujian Allah untuk mereka kan..

      Delete
  2. dia tak kenal orang sapa ada dia hadapkan juga

    ReplyDelete
  3. Mmg tkut pula tgk.. Tpi itulah kbsaran Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mampu bayangkan kalau kita ditempat mereka...

      Delete
  4. mudah mudahan mereka yang disana sentiasa dilindungi :)

    ReplyDelete
  5. syukur negara kita tak ada gunung berapi.. semoga penduduk di sana tabah

    ReplyDelete
  6. semoga mereka semua dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
  7. Semoga mereka dilindungi dan tabah menghadapi bencana ini...

    ReplyDelete
  8. semoga penduduk di sana mampu menghadapi ujian ini...

    ReplyDelete
  9. Semoga mereka dilindungi sebaik2nya.. bersyukur juga sbb tiada berlaku di negara kita ni..

    ReplyDelete
  10. ujian dari Allah... sabarlah, terkandung hikmah di sebalik kejadian.....

    ReplyDelete
  11. abunya sampai ke tempat saya yang berjarak 600 km

    ReplyDelete

Designed By