Breaking News

Thursday, February 20, 2014

7 Sifat Yang Di Sukai Syaitan

Salam Jumaat Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://melatins.files.wordpress.com/2013/04/bisikan-malaikat-dan-bisikan-syaitan.jpg?w=640
Syaitan Vs Malaikat

Syaitan Ingkar Perintah Allah


Syaitan diciptakan daripada api oleh Allah S.W.T. Disebabkan mereka  ingkar dengan perintah Allah, untuk sujud kepada Nabi Adam maka mereka telah dia diusir dari Syurga. Setelah itu Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Allah, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Dan Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat.

7 Sifat Yang Di Sukai Syaitan


Alangkah beruntunglah kita manusia jika sekiranya berupaya menangkis godaan syaitan dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan syaitan menguasai diri kita. Antaranya menjauhi 7 sifat seperti berikut:

1. Syaitan Suka Orang Yang Takbur & Bongkak.

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia apabila kita merasakan kita sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Namun kita terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatian yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. (an-Nahl:23)

2. Syaitan Suka Orang Yang  Mempunyai Sifat Khianat.

Khianat yang dimaksudkan disini adalah perbuatan yang suka merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain. Tidak suka dengan kebahagiaan orang lain.

3. Syaitan Suka Orang Yang Bakhil Dan Kedekut.

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah SWT yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Orang yang kedekut selalunya begitu takut untuk mengunakan sebahgian daripada hartanya untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan, sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

4. Syaitan Suka Orang Yang Punya Sifat Hasad & Dengki.

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering. (riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Syaitan Suka Orang Suka Berangan- Angan.

Islam tidak suka kepada manusia yang suka berangan-angan mengharapkan rezeki datang bergolek. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup mereka akan dipandang hina oleh Allah SWT dan juga manusia. 

6. Syaitan Suka Orang Yang Suka Berburuk Sangka.

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (riwayat Muslim)

7. Syaitan Suka Orang Yang Suka Meremehkan Orang Lain.

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang telah dia miliki. 

Semoga kita semua dapat menjauhi sifat-sifat di atas supaya syaitan tidak boleh bertapak dalam hati kita.


7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Source

23 comments:

  1. Nice sharing..salam Jumaat Raudzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fidah & Salam Jumaat To you too!!!!

      Delete
  2. Peringatan yg amat baik dipermulaan hari ini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jon "lindungi" diri kita dari godaan syaitan BM!!!

      Delete
  3. terima kasih raudzah atas perkongsian....sifat no 5 tu suka berangan angan...noe selalu gak berangan...kena elak kan tu....

    ReplyDelete
  4. salam jumaat Raudzah.. semoga kita di jauh kan dari bisikan syaitan

    ReplyDelete
  5. syaitan mmg suke orang yg berperangai tidak elok... slm Jumaat Raudzah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah saya tak ada sifat2 diatas..cuma no 5 tu kekadang ada laa berangan-angan sikit..hehehe..menabung ikea..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Banyak betul sifat syaitan dlm diri kita kan,..

    ReplyDelete
  8. Info yg bagus utk dijadikan panduan...thanks Raudzah

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing...info yg sgt bagu...salam jumaat Raudzah

    ReplyDelete
  10. terima kasih di atas perkongsian ini raudzah..

    ReplyDelete
  11. Astaghfirullah Al'Azim... hmmm... Nauzubillah, dari sifat-sifat yang syaitan suka dalam diri kami... Syaitan ni dari segi jasad, lebih banyak kelebihan ke atas manusia... tak boleh nampak, boleh masuk dalam tubuh manusia dan sebagainya... Saya pernah terdengar, untuk melawan syaitan kena banyak mohon perlindungan dari Allah SWT... A'uzubillahi min Aasyaitan Nirrajim...

    ReplyDelete
  12. Aku berlindung dari syaitan yang di rejam..

    ReplyDelete
  13. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari segala angkara syaitan laknatullah.. aamiin..

    ReplyDelete
  14. mudah mudahan kita dijauhkan dari sifat sifat yang disukai syaitan

    ReplyDelete
  15. SYAITAN BLISS syaitan terbaru di sempadan malaysia thailand

    suka korek busut tanah makan permaisuri di tepi sunga gial perlis tingga dalam ruamh kuning TEPI jambatan JPJ buat road block mapuki ... jalan arau kangar

    JPJ YIDKOI MUTU SAMY BULU

    pakai paku hijau

    bukan mata keranjang
    bukan kaki perempuan
    bukan kaki download
    bukan bukan suka tengok bontot sexy di C MART arau







    ReplyDelete
  16. syaitan lori petronas
    layar utara yang kelam kabut

    kalau jumpa saya hon kan saya ada anak patung potong sebelah kanan

    ReplyDelete
  17. SYAITAN BLISS

    mata najib yang pakai spekmata rabun memang tak nnampak aku duduk dalam rumah kuning ....


    hidup metallica

    ion pasitron neelofa akan dihisap sebelum masuk tidur dengan sultan kelantan

    dengan menggunakan HIKMAT 4 KIKISAN


    SYAITAN BLISS
    SYAITAN PEMALU






    ReplyDelete

Designed By