Alexa Ranking Blog Santai @ 12 Feb 2014

http://dailyever.com/wp-content/uploads/2013/08/alexa-rank.jpg
Alexa Ranking Blog Santai

Alexa Ranking Blog Santai


Hari ni adalah kali kedua kita berkongsi entry mengenai Alexa Ranking Blog Santai. Kali pertama adalah pada 22 September 2013. Dan pada ketika itu inilah kedudukan Alexa ranking Blog Santai.
Global Rank: Global rank icon102,756 Rank in Malaysia:  Malaysia Flag 623  PR 1

Sumber : SINI

Alhamdulillah setelah beberapa bulan, Alexa ranking Blog Santai bertambah baik atas sokongan semua. inilah Ranking yang terbaru  pada 12 Feb 2014.
Global Rank : Global rank icon78,597   Rank in Malaysia : Malaysia Flag546  PR 2

Sumber : SINI

Impian Blog Santai


Sejujurnya inilah antara impian kita sewaktu mula-mula berblog. Ingin mencapai Ranking dibawah 100,000 di Dunia dan juga 500 di Malaysia. Alhamdulillah, kita dah berada di bawah 100,000 dan sebenarnya untuk ranking di malaysia Blog Santai pernah berada di ranking terbaik 452 pada bulan Januari yang lalu. Namun ianya tak kekal hinggalah sekarang masih berada di atas 500.

Rujukan Alexa Blog Santai


Dan sejujurnya untuk kita yang tak pandai menulis, tak ada asas berblogging dan juga computer illeterate, memang sukar untuk berada di tahap ini. Kita tidak punya mentor yang baik seperti DH atau Mia. Blog Santai juga tidak pernah mengadakan GA atau Segmen untuk mendapatkan follower atau Google + yang ramai. Yang kita ada hanyalah semangat untuk belajar. Banyak Blog yang menjadi rujukan kita seperti Blog HHBloggertricks, Bloggertips, Tips SEO Mudah, dan Adib Site. Thank you so much guys.

Penting Sangat Ke Alexa Ranking Ni?


Mungkin ada yang tertanya-tanya penting sangat ke Ranking ni semua. Jawapannya adalah bergantung kepada diri kita sendiri dan juga impian kita sewaktu mula-mula berblogging. Namun bagi kita ia adalah penting kerana ia merupakan satu kepuasan kepada kita apabila ranking Blog bertambah baik. Sama seperti peperiksaan yang kita ambil sebelum-sebelum ni. Dan kita tak malu mengaku antara perkara pertama yang tengok setiap pagi adalah Blog Ranking. Selain dari Alexa Ranking, Pagerank juga penting kepada kita. Kalau you nak tau lebih lanjut mengapa Pagerank penting, kita ada kongsikan sebuah article sebelum ni. Boleh rujuk artikel ni ya: Kenapa Pagerank Penting Untuk Blog

Tips Untuk Perbaiki Alexa Ranking


Kita bukanlah pakar untuk bercerita mengenai Alexa Ranking. Tapi apa yang kita boleh kongsikan adalah pengalaman kita yang kita rasa rasa banyak membantu untuk berada di tahap sekarang. You all boleh ikut kalau rasa ianya tak membebankan ok. 

1. Terbitkan Entry Secara Konsisten

Sebaiknya setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya satu artikel. Kalau lebih banyak lebih baik. Untuk Blog Santai kita masih kekalkan 4 entry setiap hari secara konsisten.

2. Ping kan Artikel You All 

Biarpun ada yang berpendapat Ping Blog ni ada pro & cons, tapi bagi blog kita yang masih baru dan tak popular,  ini adalah antara cara yang terbaik. Antara laman-laman ping yang you all boleh cuba adalah:

1. Ping Busuk  
2. Blogged.my  
3. Apesal.com
4. OhBelog.com 
5. Pingje..com
6. GuaBlog.com
7. Blogr.my 
8. Kartikel.com

3. Kongsi Artikel Di Laman Sosial

Kongsikan Artikel you all sebaik mungkin di laman sosial seperti Google plus, Facebook atau Twitter. Kalau you all nak tau, artikel yang paling banyak di kongsi amat disukai oleh search engine google. Hasilnya ia akan berada di halaman muka pertama google dan mempunyai PR yang baik. Sejujurnya Google + banyak membantu Blog Santai. Thank you so much rakan-rakan Google+. Kalau you all nak tau apa kebaikan Google+ boleh baca artikel ni ya: Kebaikan Google Plus (Google+)

4. Pastikan Artikel Tersebut Mesra SEO 

Bila kita bercakap mengenai SEO, terlalu banyak perkara yang boleh di kongsi. Ada SEO On Page dan ada SEO Off Page. Semuanya memainkan peranan. Kita tak boleh bercerita panjang lebar mengenai SEO di sini kerana pasti entry ni akan jadi entry terpanjang di Blog Santai. Tapi kita janji kita akan cuba untuk berkongsi ilmu mengenai SEO dalam entry-entry akan datang. So stay tune ya!!!

5. Selain daripada 4 tips di atas, kita juga pernah kongsikan satu artikel menarik mengenai Alexa Ranking. Di sana ada tips/rahsia untuk memperolehi Alexa Ranking dibawah 100,000 dalam masa dua bulan. You all boleh rujuk artikel ni ya: Cara Dapatkan Alexa Ranking Di Bawah 100,000

Akhir kata, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang terhingga untuk semua pembaca Blog Santai yang telah memberikan sokongan untuk Blog Santai sepanjang setahun enam bulan usia Blog Santai. I am really touched and appreciate that. Semoga sokongan you all tak terhenti di sini. May ALLAH Bless you guys...



Comments

  1. Replies
    1. Thanks Ummi..Bukan Hebat ummie..rezeki Blog santai Santai tu..harap-harap dapat keep the momentum!!!

      Delete
  2. Tahniah Raudzah.. teruskan usaha yg baik.. in shaa Allah tercapai hajat & dikurnikan kejayaan yg sebaik2nya.. in shaa Allah juga, akan ttp menyokong selagi diizinka berblogging.. all the best for u.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank so much Khir..You have been our supporters for quite sometimes..Keep supporting us k!!!

      Delete
  3. alhamdulilah..tahniah,.. terima kasih juga diatas tips yg diberikan.. :-)

    ReplyDelete
  4. saya punye ribu riba lagi rangking alexa.
    xtaw la bila nak jadi ratus2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yours is better Nick...PR 3..susah nak dapat tu...

      Delete
  5. Alhamdulillah.. tahniah Raudzah! Nurul kena godeh lebih lagi pasal benda2 tu semua.. :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. tahniah di atas pencapaian yang baik.. alexa aiza masih teruk lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aiza for being one of our supporters...Its ok I know you can do it!!!

      Delete
  7. alhamdulillah.. hebat kak! tahniah dari mama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mama selalu singgah sini..jadi our supporters...

      Delete
  8. Wahhhh tahniah kak. hebat hebat! Cayalah blog santai =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks BC..bukan hebat BC..rezeki Blog Santai tu!!!

      Delete
  9. bila kita berusaha akan membuahkan hasilnya. tahniah rauzah :)

    ReplyDelete
  10. tahniah ! ... banyak yg perlu dilakukan untuk berada di tahap itu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sis Vee..memang banyak..tapi In Shaa Allah kalau nak mesti kena usahakan!!!

      Delete
  11. banyak peningkatannya tu.. tahniah.. hebat2...

    ReplyDelete
  12. wahh... terbaik lah raudzah....!! mesti lebih semangat bila tahu keputusan peperiksaan dah meningkat.... tahniah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya cheq eem ..he..he. nway thanks ya for being our supporters!!!

      Delete
  13. Tahniah...
    Alexa terus jatuh....huhuhuhu...
    Betul...kepuasan berblogging secara peribadi boleh dilihat dari Alexa dan PR...

    ReplyDelete
  14. Alexa antara kayu ukur penting utk melihat tahap kejayaan sesebuah blog. Saya xmampu nak turunkan lagi...xtermampu nak buat lebih dari 1 entri sehari. Nak share dan ping pun dah kurang. Ranking berlegar2 kat situ jer la.
    Tahniah RZ!...blog ini menjadi penanda aras bahawa blogspot juga tidak terkalah andai ada usaha dan berilmu.

    ReplyDelete
  15. tahnaih yer.. tmpg gembira atas kejayaan blog kawan2

    ReplyDelete
  16. tahniah sis..hebatlah..dah PR 2...

    ReplyDelete
  17. alexa blog puteri dah jauh kelaut..but tengah cuba untuk perbaiki.

    ReplyDelete
  18. semoga blog santai terus success... :)

    ReplyDelete

  19. Thanks For Sharing This Website. Really Thanks For This Post.

    kingtricks.com

    ReplyDelete
  20. Maintain dari dulu sampai sekarang...congrats

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat