Jawatan Kosong Untuk Umur 70 Tahun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCuOhFYrYLElF3zg6XlSiGaiktMQnxFIn8oZ2Yi-XFT3Sv-KdqghFF797aHG3xc5lDbwIwIJSZgnfrJ0hoZpsAA9VHsMkaK9v775Z3mEsKn77j8k_wxg09ZLSqHcSomY9-X7xNAlutcX-Q/s400/umur+bersara+60+tahun.JPG
Bekerja Di Usia Emas


Jawatan Kosong Untuk Umur 70 Tahun



Jawatan Kosong Untuk Umur 70 Tahun adalah antara keyword yang di cari di Blog Santai. Bila terbaca ni terasa sedih pulak. Yalah tak pasti samada pencari tersebut sudah berumur 70 tahun dan sedang mencari kerja atau adakah seorang cucu mencarikan pekerjaan untuk datuknya. Hmmm..

Apakah keadaan ini berlaku kerana desakan hidup? Kos sara hidup dah terlalu tinggi memaksa seorang datuk kembali bekerja pada usia emas. 

Sebenarnya di Malaysia pada usia 70 tahun masih ramai yang sihat dan aktif berkerja. Terutama pengarah-pengarah di sektor perbankan atau mungkin di jabatan kerajaaan. Mereka-mereka ni selalunya ditawarkan untuk menjadi pengarah di syarikat-syarikat tertentu kerana pengalaman yang mereka miliki. Dan bagi kita ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Bezanya disini mereka bukan mencari kerja tapi kerja mencari mereka.

Umur Persaraan Di Lanjut kan Ke 70 tahun?


Dan bila menulis pasal kisah ni teringat satu artikel yang kita pernah terbitkan dulu, i.e Umur Persaraan Akan Di Lanjutkan Ke 70 Tahun. Ini lah bayangan apa yang bakal berlaku. Umur persaraan kakitangan awam di negara ini pada ketika ini adalah  55, 58 atau 60 tahun. Dan kini apabila tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi, ada bayangan umur persaraan ini bakal dilanjutkan. Mungkinkah ianya bakal menjadi 70 atau 80 tahun. Allah-Hu-Alam..

p/s: Kepada Penggoogle, maaf ya info tu tak ada disini ya. Nway good luck k!!!


Comments

  1. kalau dilanjutkan ke 70..huhuhu..
    60 dah ok kot. teringat ngan org indon aritu bagi resume minta kerja jd org gaji. kelakar bila baca ayat dia. dia lelaki apply nak jadi pembantu rumah.

    ReplyDelete
  2. Tak sanggup kot nk keja sampai umur 70 thn.. kang tak pasal2 bos panggil secretary dia nenek pulak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Sayangnya cuma bila perkara mcm ni terjadi, pasti mengurangkan peluang kpd para graduan atau generasi muda yg tngh menganggur tu utk mendapatkan pekerjaan... wallahualam...

    ReplyDelete
  4. ingat my kakak kata ; ko bayangkan aku pi mengajar pakai tongkat dengan tgn yg pakinson pegang marker ... hahahaaa

    ReplyDelete
  5. jika di nilai dari segi pengalaman, mungkin boleh, tapi mungkin hanya perlu jadi penasihat sahaja, xperlu la dtg kerja ke pejabat. ^_^

    ReplyDelete
  6. 70 tahun masih bekerja.. janganlah beri masa untuk berehat pula..

    ReplyDelete
  7. Ada sebuah istilah untuk kakek yang masih ingin bekerja
    " SINDROME POWER" dimana ketika memasuki masa pensiun, para kakek kakek merasa masih mampu untuk bekerja walau usia sudah lanjut.
    Begitu mereka tidak boleh bekerja, maka biasanya beliau akan merasa kesepian, disingkirkan dan penyakitpun menimpa mereka.
    Maaf kalau salah.. hehehehehe :)

    ReplyDelete
  8. lecturer saya pun ada dah yang usianya melewati 70an.. bertaraf professor, masih lagi kuat bekerja.

    ReplyDelete
  9. Hmmm...terpulang dari kemampuan dan kesihatan..

    ReplyDelete
  10. sape la yang taip keyword camtu.
    kalo umur 70 tahun xyah la bekerja.
    beribadat banyak2.

    ReplyDelete
  11. Ramai rupanya yg berumaur 70 keatas yg mahukan kerja. Kalau macam ni, macam manalah yg lepas graduate tu nak dapat kerja.

    ReplyDelete
  12. kalau umur persaraan dilanjutkan sehingga 70 tahun, makin ramai la orang muda yang akan menggangur.

    Mungkin yang mencari tu, sedang mencari cara untuk menjana pendapatan sampingan kot :)

    ReplyDelete
  13. bos aiza kerja dulu masih bekerja ketika beliau berusia 68 tahun.. memang seronok bekerja dengan beliau.. ikea, visa, popular dan inti untuk raudzah.. banyak tabung keluar waktu tengah malam..

    ReplyDelete
  14. kekadang masa usia mereka muda kerja susah nak dapat.bila usia naik tigkat dapat pula jawatan idamkan tu depa agak susah nak bersara awal.wahualam.

    ReplyDelete
  15. 70 tahun tu tak relevanlah pada saya....tapi terpulanglah pada kesihatan kan...

    ReplyDelete
  16. Kelakar tau kartun atas tu Raudzah.....mungkin jugak akan berlaku suasana gitu bila pencen dilanjutkan sampai 70 tahun hehe

    ReplyDelete
  17. saya berusia 53tahun. dulu saya bekerja kilang dari umur 22tahun sehingga 51 tahun. kerja saya dari operator hingga dinaikkan pangkat kepada eksekutif rendah. saya terlalu stress dengan karenah boss yang muda2 tapi tahu buat kerja tapi asyik nak berFB dan tgk internet dari pagi hingga petang. semua kerja diarahkan kepada kami eksekutif2 cabok ni. saya berhenti kerja tanpa sebarang pampasan. kini saya kerja kilang dengan gaji 1/3.5 dari gaji dahulu dengan anak duia org yg nak masuk U.

    ReplyDelete
  18. Bagi lah tau bisnes apa bolih buat dlm usia 50an hingga 70...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat