Motivasi Pagi : Isyarat Hati

http://3.bp.blogspot.com/-yn5Ram9QC8M/UPQpdSEOBoI/AAAAAAAAIPc/8Z5dA7Rcv7s/s1600/Amalan%2BZikir%2BHarian.jpg
Hati Akan Tenang Dengan Zikir

Isyarat Hati


Isyarat Hati adalah kisah Motivasi yang kita nak kongsikan dengan semua pagi ni. Isyarat hati ni bukan tajuk novel kisah cinta ya. Ianya lebih kepada cara untuk mengenali isi hati kita.

Tapi sebelum tu kita nak tanya. You all pernah tak rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya? Mesti pernah kan. Sebenarnya semua perasaan ni adalah isyarat yang diberikan oleh hati kita. Ianya menandakan ada sesuatu yang tak kena yang dapat dikesan oleh hati.

Hati Kesan Perbuatan


Hati adalah anugerah Allah yang tak ternilai yang dicipta untuk mengesan perbuatan kita, sama ada perbuatan baik mahupun buruk. Kalau you all perasan bila kita melakukan kesalahan, secara automatik kita akan terasa berdebar-debar dan cemas. Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya kita perbetulkan kesilapan tersebut. Dan sekiranya ianya adalah satu dosa, maka ianya adalah isyarat untuk kita kembali kepada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang. Jika kita tidak merasakan apa-apa setelah melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, itu bermaksud hati kita telah mati atau berpenyakit. Itulah sebabnya tiada lagi isyarat yang diberikan.

Hati Yang Berpenyakit


Hati yang berpenyakit atau sudah mati perlu dirawat segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan. Kalau nak tau tanda-tanda hati yang telah rosak dan cara merawatnya, you all boleh rujuk entry ni: 10 Tanda-Tanda Hati Yang Telah Rosak

Jom sama-sama kita jaga hati kita supaya ianya kekal berfungsi. Memberikan isyarat supaya kita tidak terus lalai.


Comments

  1. hati penghulu segala organ , dari sudut saintifik juga syarak..rosak raja,parah keseluruhannya :'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu shafiq..jika hati rosak, seluruh tubuh manusia juga akan parah

      Delete
  2. sama sama kita didik dan jaga hati kita...

    ReplyDelete
  3. tasbih dalam hati bagus di buat dapat pahal juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Suri..Tasbih dan zikir adalah makanan hati..

      Delete
  4. Alhamdulillah..
    Moga kita di jauhkAn dari penyakit hati ini.

    ReplyDelete
  5. Jagalah hati.. hati yg busuk, maka busuklah jiwa & raganya.. nauzubillah.. Thanks sharing Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  6. sama-sama kita jaga hati kita..selamat berhujung minggu raudzah :)

    ReplyDelete
  7. only ada blue bird..dah click for you :)

    ReplyDelete
  8. pernah juga tiba-tiba aiza rasa gelisah.. bersama pelihara hati..

    ReplyDelete
  9. walaupun mulut tak cakap..tapi hati tetap berbicara..sebab tu kalau ada pape yang dibuat tak kena..hati yang terasa dulu... so jagalah hati...hehe

    ReplyDelete
  10. Jom jga hati.. xnak tgolong dalam golongn hati yg matii.. nahuzubillahminzalik. .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat