Tikam Bapa Hingga Mati, Kerana Di Suruh Ke Sekolah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFB6fhJQivI7zj9jvKkcY7buUQhehkBl7-Y4uoRQkDntzJU6BYS7SGh-J27MzBaPq2ClWh-CYryd1lV_fwfp00fs7L7ZipQtISbnGakl54IBOXrTIjhWXcqkjvAdR9B8PRRDtWUdsCOZ0/s1600/frontpage.jpg
Ugut Bunuh Cikgu Kerana Di Arah Baca Buku Teks

Tikam Bapa Hingga Mati, Kerana Di Suruh Ke Sekolah


Hanya kerana disuruh ke sekolah, seorang remaja yang berusia 14 tahun didakwa Menikam Bapanya di sebuah kafe Internet di Hunan, China. 

Dalam kejadian malang tersebut, Remaja itu didakwa bertengkar dengan bapanya yang datang ke kafe berkenaan untuk memujuknya agar pergi ke sekolah. Berang dengan tindakan bapanya, dia mengeluarkan pisau dan menikam lelaki itu, menyebabkan bapanya mati di tempat kejadian.

Ugut Bunuh Cikgu, Kerana Enggan Baca Buku Teks


Bila baca kisah sedih ni, teringat cerita sekumpulan remaja di Selangor yang bertindak samseng dengan Mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin disekolahnya kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka. Mereka sebenarnya berang apabila diarahkan membaca buku teks tersebut. Enggan membaca mereka bertindak memulangkan buku-buku tersebut. Hmm...

p/s: Risau tengok adik-adik sekarang. Berbeza sangat. Perlakuan dia orang ni kadang-kadang sukar diramal. Mak dan ayah dah tak boleh control...Perkara yang baik di mata seorang ibu atau ayah tidak lagi dimata mereka. Kalau guna kekerasan apatah lagi..silap-silap masuk penjara nanti. Kes Pasangan Malaysia Di Sweeden boleh dijadikan pengajaran. Hanya didikan agama yang sempurna dari awal usia mungkin dapat menyelamatkan adik-adik kita. 

Comments

  1. apalah nak jadi dunia sekarang nie...tikam tikam ni dah jadi permainan pulak..

    ReplyDelete
  2. Aduhaiii, takut dengar budak2 membesar dgn cara mcmni skg. Bagaimana mahu melahirkan pemimpin masa hadapan

    ReplyDelete
  3. macam-macam hal sekarang nih...dari sekolah dah mula jadi macam tu.

    ReplyDelete
  4. itu di negara china.. tak mustahil boleh terjadi di negara kita.. :-)

    ReplyDelete
  5. perilaku yang tidak pantas untuk ditiru

    ReplyDelete
  6. seram dengan perilaku anak remaja yang semakin parah.

    ReplyDelete
  7. Macam2 hal sekarang ni...ibu bapa perlu cukup ilmu untuk mendidik anak2 remaja di samping menunjukkan contoh yg baik. Salam Jumaat Raudzah...

    ReplyDelete
  8. Apalah nak jadi dgn budak2 skrg ni...paper pon salam jummaat Raudzah...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum....mcm2 perkara skg ni...takut dibuatnya...:)

    ReplyDelete
  10. jadi cikgu pun dah x selamat.
    yg lelaki diugt bunuh.
    yg perempuan diugut rogol.
    buang je budak sek camne.

    ReplyDelete
  11. adeii ngeri la pulak..nape ye manusia skrg semakin berhati kering..

    ReplyDelete
  12. kejam betul lah orang tanah besar nih

    ReplyDelete
  13. Ngeri dgn perkembangan semasa skrg ni..

    ReplyDelete
  14. risau dengan anak-anak di zaman sekarang.. jika ditegur melenting dan kita dimarahinya pula.. hanya mampu berdoa sahaja agar hati mereka lembut..

    ReplyDelete
  15. budak2 skg memang tak boleh nak tegur.. memberontak jadi nya...

    ReplyDelete
  16. mak aihh...betul2 sakit mental budak nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Kalau mereka yang tak ada agama... (bukan Islam) buat benda-benda ni, adalah tidak menghairankan sangat kerana mungkin budaya dan cara hidup, pergaulan dan sosial mereka tentu dah tak ada 'guidance' tapi kalau di kalangan anak muda yang beragama Islam atau di negara Islam, tikam ke, pukul ke, lawan cakap ibu bapa atau guru... sebab suruh ke sekolah atau baca buku, there has been something wrong somewhere already... isn't it?

    ReplyDelete
  18. Aduhai..sadis betul..

    ReplyDelete
  19. Mulalah nak tuding sana, tuding sini. Muhasabah diri dulu.

    ReplyDelete
  20. Bila dah jadi mcm ni, siapa yg nak disalahkan... Astagfirullah.. satu peringatan buat renungan kita semua juga...

    ReplyDelete
  21. macam-macam kes sekarang ni kan...terfikir juga di mana silapnya sehingga anak anak bertindak sampai ke tahap membunuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat