10 Nahas Kapal Terbang Terburuk Dalam 10 tahun

(Klik Untuk Besarkan Imej) 10 Nahas Kapal Terbang Terburuk Dalam 
Masa 10 Tahun (Source)

Nahas Penerbangan Air France 447


Diantara 10 Nahas di atas, yang paling buruk adalah nahas Penerbangan Air France 447. Penerbangan 447 Air France' adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris, Perancis yang terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan mati iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang. 

Air France Hilang Dari Radar


Pesawat Airbus A330-200 Air France itu, dengan kod pendaftaran F-GZCP, berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-Galeão, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.

Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil. Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.

Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui 2 tahun kemudian, iaitu pada Mei 2011 bersama 104 lagi mayat. 74 Mayat tidak dijumpai sehingga kini.

Punca Nahas Air France


Nahas udara pesawat Air France pada tahun 2009 yang mengorbankan 228 penumpang dan anak kapal dikenalpasti berpunca daripada kesilapan juruterbangnyaMenurut laporan yang disediakan oleh pasukan penyiasat nahas itu, para juruterbang gagal untuk bertindak secara tepat dan betul apabila pesawat Airbus itu kehilangan altitut sejurus selepas sensor kelajuannya beku dan gagal berfungsi.

Nasib Pesawat MH 370


Kehilangan Air France 447 ini hampir menyamai kejadian Pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar selepas berlepas ke Beijing awal pagi, Sabtu lalu. Namun nasib Pesawat MAS MH370 masih belum diketahui. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi semua penumpang didalamnya.


Comments

  1. mh370 paling misteri. lg seram bila aksi bomoh dipertontonkan. huhu

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah jua yg mengetahui segala rahsia kejadian... semoga Allah bukakan hijab rahsianya kpd kita semua ttg mh370 ni.. aamiin..

    ReplyDelete
  3. setiap kejadian ade hikmah di sebaliknya...hanya DIA yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... nak baca pun takut. Allahurabbi. Semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala... sheila singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  5. Apa pun yg berlaku , kita perlu kembali kepada Allah kerana DIA dah tentukan segalanya ... semoga MH 370 dapat ditemui dengan segera ... aaamin .

    ReplyDelete
  6. bayak juga kapal yang terbang buruk ya

    ReplyDelete
  7. misterinya bila MH370 ni masih tidak dijumpai...

    ReplyDelete
  8. salam. entah macam mana la agaknya keadaan mereka..sedihh :(
    harap dapat dijumpai dalam waktu terdekat..amin

    p/s isi tabung komli :)

    ReplyDelete
  9. masih terus mengharapkan agar kehilangan misteri MH370 dapat dirungkai dan ditemui dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan urusan menjejaki MH 370...

    ReplyDelete
  11. Semoga segala urusan mengenai mh370 dipermudahkan...aamiin

    ReplyDelete
  12. Allah sahaja yg mengetahui apa yg berlaku...semoga Allah makbulkan doa kita semua

    ReplyDelete
  13. ngerinya.. doakan semoga MH370 tidak bernasib seperti air france 447..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat