Bapa Kejam Dera Dua Anak Kandung Di Ampang

Budak didera bapa tiri
Mangsa Dera

Bapa Kejam Dera Dua Anak Kandung


Penderaan kanak-kanak dah jadi macam amalan biasa kat Malaysia. Bukan satu kes, bukan dua dan bukan tiga. Antara kes yang agak kecoh suatu ketika dulu adalah kes bapa tiri dera anak di Terengganu. Dan banyak lagi kes pasti akan terjadi kalau masyarakat tak perihatin.

Kes terbaru berlaku di Ampang apabila dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada bahagian sulitnya oleh bapa kandung mereka sendiri. Perlakuan zalim ini telah berlaku sejak setahun yang lalu. Dan yang sedihnya si ibu turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa. 


Foto
Mangsa Dera

Kejadian terbongkar apabila seorang jiran yang perihatin nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) untuk mendapatkan rawatan biarpun dihalang oleh ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya. Hmmm...

Dalam kes macam ni, si ibu perlu memainkan peranan penting. Jiran dan juga guru perlu perihatin. Kita masih ada undang-undang di Malaysia yang dapat melindungi mangsa dera. So perasaan takut tu tak sepatutnya wujud.

Comments

  1. nauzubillah..sampai macam tu sekali ye..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... menitik airmata Nurul membaca berita ini.. dimanakah nilai kasih seorang 'bapa'? si Ibu pun sama je.. buat apalah punya suami yang kejam sebegitu rupa.. **emo menguasai diri (T T)

    ReplyDelete
  3. dasar bapa jenis binatang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. memang geram yg amat baca tadi...stress betul...cuba buat benda sama kat bapak tu...cucuh kan rokok kat anu dia...baru tau rasanya...yg ibu pun satu...sanggup tengok anak kena dera...angin membaca nye...emo sekejap...

    ReplyDelete
  5. Kakak dengar kat berita radio IKIM pagi tadi. Sakit otak agaknya si ayah dan si ibu pun macam tak ada perasaan melihat keadaan anak. Budak itu pun kakak rasa macam bodoh juga atau mungkin tak sekolah kot... kalau sekolah mesti cikgu tahu kan..

    ReplyDelete
  6. memang sakit mental bapa dia nie.. haiwan pun tahu sayang kan anak dia.. nie pulak manusia yg punya akal dan fikiran..

    ReplyDelete
  7. kejamnya bapa kandung sanggup buat anaknya macam tu.. ibunya pun masih nak membela suaminya.. :(

    ReplyDelete
  8. tidak pantas taat pd suami mcm tu.alahai..kesian anak itu.. nasib baik jiran tolong..kalau tak, x tau nasib anak dorang tuh :(

    ReplyDelete
  9. Astaghfirullahalazim... speechless...!!!! (benda macam ni yang nak buat mencarut tak pasal-pasal ni)... Orang ke aper tu

    ReplyDelete
  10. macam2 la skarang ni.. :( kesian sgt dengan budak2 tu

    ReplyDelete
  11. ish3xxx..kesian..x berperikemanusiaan...

    ReplyDelete
  12. ya Allah, kenapa dia buat macam tu ? kesian anak yang tak bersalah

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah.. kesiannya.. tak berhati perut punya bapa...

    ReplyDelete
  14. Manusia seperti ini tidak layak dikurniakan anak sebenarnya.

    ReplyDelete
  15. ish... x suka tengok or baca kes2 macam ni.. rasa x sedap hati, sakit hati..

    ReplyDelete
  16. Kesian budak2 ni.. Apa mkna diorg lahir klu hbya utk didera..

    ReplyDelete
  17. Kejamnya..sedih lah tengok..sampai hayikn Raudz..ank sdri buat mcm tu sekali

    ReplyDelete
  18. zalim...memang kelu bila baca kes kes macam ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat