BR1M Perlu Di Hentikan Segera!!!
BR1M
BR1M Perlu Di Hentikan
BR1M Perlu Di Hentikan kerana ianya membebankan kerajaan. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tak setuju. Bagi kita ada benarnya kenyataan di atas. Kerajaan mungkin akan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan. Pemberian RM500 seorang pada ketika ini, melibatkan kos sebanyak RM3.5 bilion. Sekiranya jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion. Jumlah ini sebenarnya besar untuk sesebuah negara seperti Malaysia yang rezab lebihannya agak terhad.
Tak dinafikan BR1M adalah salah satu cara untuk kerajaan meraih sokongan rakyat. Namun apa yang pasti kos pembayaran ini sebenarnya ditanggung oleh kita-kita semua yang tidak mendapat BR1M melalui cukai yang dikenakan. Pengurangan subsidi untuk barangan keperluan juga mungkin akan dilakukan secara berterusan untuk menampung kos BR1M.
Keperluan Menyemak BR1M
Mungkin tiba masanya kerajaan melihat kembali keperluan pembayaran BR1M. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:
1. Gaji pekerja perlu di semak semula sepadan dengan kenaikan kos sara hidup.
2. Majikan juga perlu dibantu untuk meningkatkan pendapatan mereka bagi memastikan mereka mampu untuk membayar gaji minima yang berpatutan kepada semua pekerja.
3. Fungsi zakat perlu dipertingkatkan.
4. Peluang-peluang untuk menjana pendapatan tambahan perlu diperbanyakkan.
5. Rakyat Malaysia harus di galakkan untuk menjana pendapatan sampingan. Tidak terlalu bergantung kepada gaji bulanan.
1. Gaji pekerja perlu di semak semula sepadan dengan kenaikan kos sara hidup.
2. Majikan juga perlu dibantu untuk meningkatkan pendapatan mereka bagi memastikan mereka mampu untuk membayar gaji minima yang berpatutan kepada semua pekerja.
3. Fungsi zakat perlu dipertingkatkan.
4. Peluang-peluang untuk menjana pendapatan tambahan perlu diperbanyakkan.
5. Rakyat Malaysia harus di galakkan untuk menjana pendapatan sampingan. Tidak terlalu bergantung kepada gaji bulanan.
Kerajaan perlu memikirkan cara yang terbaik untuk menghadiahkan JORAN kepada Rakyat bukan IKAN. Ini adalah lebih baik untuk jangkamasa panjang. Kalau ikan sekali makan mungkin dah habis. Tapi kalau joran, ianya boleh digunakan untuk memancing sebanyak mana yang kita inginkan apabila ikan telah habis. Itu yang lebih baikkan...
BR1M adalah satu kaedah pengagihan pendapatan rakyat yang sangat efisien... kutip sana sini, bagi kat orang tu orang ni... syiok jerrr... hahahaahaha...
ReplyDeleteSarcastic tu Wafa..he..he
Deletekalau bagi kepada yang betul2 memerlukan tak apa jugak, ini dari apa yang saya tengok, orang senang lenang dok buat kontrak sana sini pon dapat BRIM
ReplyDeleteDPM kata hari tu boleh laporan kalau ada yang tak berhak dapat..banyak kes yang macam agaknya..Hmmm
Deletebetul... gov ptt cr penyelesaian utk kurangkan kenaikan harga barang..bukan dgn pemberian BR1M..
ReplyDeletehmm...moga jumpa solusi terbaik kan sis?
ReplyDeletesetuju yg ayat last tu..rkyat perlu diajr cra utk mningkatkan pndapatan nidup..bukn bgi mcm tu je..cept ja habis..
ReplyDeleteSaya pun ada terfikir sebenarnya kat mana kewajaran BRIM ni.. maaflah klu ada yg terasa. Sekadar berfikir dari logik akal sbb kiraan kerajaan lebih kurang ialah rm 500 atao rm 600 dibahagi dgn 12 bulan.. ada ke org yg buat mcm tu. Dari segi kiraan teori mmg lah tp secara praktikalnya org tak buat mcm tu.. kecualilah klu saya salah. Saya rasa ada baiknya duit tu diperuntukkan benda2 lain. Paling tidak utk pelajar sekolah yg SPM kebawah tak perlu bayar mcm2 yuran.. atau tampung subsidari brg2 keperluan spt biasa... bagi cash, seminggu sure abis punya hehee, kecualilah org2 yg betul2 berjimat.. tp pasti tak ramai yg mcm tu... wallahualam..
ReplyDeleteSaya setuju dengan En Khir. Sepatutnya kajian perlu dilaksanakan kewajaran dan outcome pemberian BRIM. Seperti program PLKN..telah bertahun dilaksanakan..apakah impak yang terhasil...gejala sosial masih jugak xterbendung...
Deleteagreed...kerajaan perlu cari solusi yang lain. BR1M ni pasti ada kesan sampingannya tidak lama lagi. BR1M ni seolah membuat rakyat menjadi makin boros. Bukan semua tapi kebanyakkannya, dapat duit lebih je mesti dah plan nak beli itu ini.
ReplyDeleteperumpamaan yg kene sangat dengan artikel.. bagi joran.. betul sangat..
ReplyDeleteamboi terbaik N3 ni, sesuatu yg kita patut fikirkan bersama2 kan !
ReplyDeletePemberian BR1M adalah kaedah yang paling tidak adil dan merosakkan bangsa utk jangkamasa panjang. Benar...dalam Islam, sudah ada zakat dan cara pemberiannya, kenapa tidak gunakan sistem Islam yg lebih adil dan terjamin manfaatnya!
ReplyDeleteada benarnya kata Tun Dr M tuh..walaupun ini dah kali ketiga brim diedarkan tapi masih ada golongan sasar yang tidak dapat menerima Brim..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
eloklah berhentikan jer..mentang-mentanglah tahun ini tak dapat BRIM pula..hehehe
ReplyDeletesetuju!! saya pon tak pasti motif utama pemberian BRIM neh...
ReplyDeleteErrmm... dah janji kerajaan sebelum pilihanraya tempohari... kenalah tunaikan... tahun depan dan seterusnya belum tau lagiii... :D
ReplyDeleteerm...saya setuju dgn pendapat Tun M...betul tu rakyat ptut diberikan joran bukan ikan...
ReplyDeleteika juga setuju dengan pendapat bekas perdana menteri kita tun mahathir..tp tak nak ulas lebih tentang isu ni...huuu...
ReplyDeleteSy setuju dgn pendapat Tun M
ReplyDeleteDuit tersebut boleh digunakan utk memberi 'lebih subsidi' supaya semua golongan rakyat jelata dpt merasa hasil kekayaan dan kemakmuran negara...
benar kata-kata tun mahathir itu.. betul tu, kena bagi joran untuk rakyat berdikari dan survive.. bukannya bagi ikan sahaja.. sangat mendalam maksud kata-kata itu..
ReplyDeletesetuju sangt..fikirkan cara lain utuk naikkan taraf hidup rakat supaya tidak terbeban..
ReplyDeleteBrim ni mampu meraih undi ke?? bila dah berjanji kena tunaikan...mmg elok fikirkan balik...
ReplyDeletebetol tu...saya sokong dgn kenyataan Tun.
ReplyDeleteBrim, Bayaran Rasuah 1 Malaysia, kalau tak kalah, PRU12, jgn mimpilah nak dapat! Sudahlah kerajaan takde duit, suruh kakitangan sendiri pula MEMINTA SEDEKAH PADA KOnTRAKTOR! shame on you P.M.
ReplyDelete