Kisah Syaitan Dan Perasaan WasWas

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-YriSRC1iaVA4UJ6gXtPeAGFQrEVX6XcLzDPRN505uvzfBfEjWxynTgDakNnhRxY7-lWZ94IfUuXaw35D6kSJ3fdMavpgkzH114KriNdLJMEo798Ct5QtzDLCf4uMSp6FxjtSE6QTssY/s400/h0008.jpg
Syaitan Dan WasWas

Perasaan WasWas


Ssalam Jumaat semua. Hari ni kita nak kongsikan satu perkara yang kadang-kala berlaku kepada kita semua yang boleh merosakkan ibadah manusia. Ianya adalah sifat WASWAS. Kalau kita perhatikan mereka yang waswas adakalanya mengambil wuduk beberapa kali, mengulang takbir beberapa kali sebelum meneruskan solat dan adakalanya kita juga mungkin lupa dan waswas dengan jumlah rakaat yang telah dikerjakan dalam solat.

Cara Untuk Mengelakkan WasWas

 
WasWas adalah muslihat 
syaitan. Mereka yang menjadi mangsa adalah mereka yang  imannya tidak sempurna. Apabila was-was menguasai diri, ianya boleh merosakkan iman dan akidah. Inilah kesan yang paling merbahaya.

1. Abaikan Perasaan WasWas


Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengajarkan kita agar selalu mengabaikan waswas setiap kali syaitan membisikkannya ke dalam hati kita. Jangan sekali-kali menurut bisikan ini apalagi hanyut dalam tuntutannya. Sebaliknya, mintalah bukti atas kebenaran dakwaannya. Setakat dakwaan tanpa bukti tidak boleh diterima. 

Rasulullah SAW bersabda: "Jika syaitan mendatangi salah seorang daripada kamu lalu membisikkan: "Wudukmu telah terbatal", maka katakanlah: "Engkau dusta!" Kecuali jika ia mencium bau atau mendengar suara (kentut)." (riwayat Abu Dawud.

2. Hilangkan WasWas Dengan Zikir


Memperbanyakkan zikir akan menghilangkan WasWas. Syaitan akan mengecil dan menyusut setiap kali disebut nama Allah SWT.
 
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: "Jika seseorang berkata: Bismillah, maka syaitan mengecil hingga sebesar lalat."
Ibnu Kathir dalam Tafsir-nya berkata: "Sanad hadis ini kuat. Ini menunjukkan bahawa apabila hati kita menyebut nama Allah, syaitan akan mengecil dan kalah. Namun apabila kita tidak mengingat Allah, ia menjadi semakin besar dan kuat."

Banyakkan menyebut kalimat Lailaha illallah dan juga A'uzubillah minasyaitannirrajim setiap kali perasaan waswas itu datang. 

Jom sama-sama kita mendekatkan diri dengan Allah semoga syaitan tiada ruang untuk mengganggu. Selamat beramal semua...

Comments

  1. next time bila was - was , zikirlah dalam hati ... tak was was utk edu UK .

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari bisikan syaitan laknatullah & dijauhkan dari perasaan was2 yg memburukkan... aamiin. Salam Jumaat Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  3. saya sendiri kadang-kadang berasa was-was juga kak bila dalam beribadat.. terima kasih diatas info ini.. alhamdulilah, dpt tambah ilmu lg..

    ReplyDelete
  4. Ya... baca a'uzubillahhiminassyaitonirrajim... mintak perlindungan Allah selalu dari fitnah dan hasutan syaitan... Allah taala sahaja pelindung kita...

    ReplyDelete
  5. susah bila ada penyakit was2.. kadang2 sampai menganggu jemaah yg lain masa tengok solat berjemaah..

    ReplyDelete
  6. salam..
    sememangnya perasaan was2 itu dtg dri syaitan,jadi bila sedar perkara tu, cepat2 minta plindungan dri Allah SWT..

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah melindungi kite dari sifat ini...

    ReplyDelete
  8. semoga kita semua sentiasa dilindungi dari perasaan was was ni

    ReplyDelete
  9. memang pun kadang-kadang dia menduga kita ketika solat,
    mcm2 perkara yg kita teringat ketika solat....mudah-mudahan dijauhkan
    sikap was-was itu....

    ReplyDelete
  10. done follow sini
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. tak dinafikan kadang2 time tengah sembahyang pun kenkadang saya ada rasa was.was...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Perasaan was2 selalu menyerang pada Nurul gak.. eh.. ni rakaat ke2 ke 3 ea? adoiii.. pun boleyyy :D

    ReplyDelete
  13. kadang tu ada juga rasa waswas.. terutamanya masa tengah solat tiba-tiba lupa dah rakaat ke berapa.. menabung komli.. burung biru je yang ada untuk nuff..

    ReplyDelete
  14. Owh.. Bru bljr bab ni dlm fiqh wanita bru2 ni.. Nice info..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat