Breaking News

Sunday, March 9, 2014

Pensyarah Bunuh Diri Setelah Kelar Isteri Hingga Mati

Foto
Suspek Kelar Isteri Hingga Mati

Kelar Isteri Hingga Mati


Kejadian mengelar leher sehingga mati bagaikan virus. Satu demi satu kes yang dilaporkan berlaku. Jika sebelum ini kes Bapa Sembelih Anak dan  Amah Kelar Dua beradik dibawah jagaannya mendapat liputan meluas, kini satu lagi kes kelar keher dilaporkan. Bezanya kali ini si suami mengelar leher isteri higga mati sebelum mengelar lehernya sendiri.

Pensyarah Bunuh Diri Setelah Kelar Isteri


Kes yang berlaku di Kelang, melibatkan seorang pensyarah salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bertindak diluar batas kemanusiaan apabila  menikam kepala serta mengelar leher isterinya sebelum mengelar lehernya sendiri di sebuah hotel.

Kejadian ngeri itu disedari seorang pekerja hotel kira-kira jam 5 pagi apabila  terdengar jeritan mangsa sebelum ditikam suaminya bertubi-tubi di depan pintu bilik hotel mereka. 

Pisau Lipat Senjata Kelar Isteri


Ketika kedatangan polis, suspek ditemui berlumuran darah di atas katil manakala isterinya sudah tidak bernyawa di atas lantai. Suspek yang cedera parah, disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sebatang tukul besi dan juga sebilah pisau lipat dipercayai digunakan didalam pembunuhan tersebut. Krisis rumahtangga dipercayai punca berlakunya pembunuhan ngeri ini.

P/s: Ya Allah kau lindungi kami semua dari bisikan syaitan. Aminn!!!


15 comments:

  1. salam raudzah...salam isnin...macam macam dah berlaku lately nie..Allah maha berkuasa..

    ReplyDelete
  2. mungkin disebabkan tekanan....tak tau nak ckp ape yg sering berlaku sekarang ni...pada saya semuanya harus berlandaskan iman...

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah.. smakin menjadi perkara macam ni. minta dijauhkan

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah.. kejam & ngerinya... astagfirullah...

    ReplyDelete
  5. aduhai..sermnya hai..kes cemburu ke ape larr..

    ReplyDelete
  6. masyallah.. apa masalah nya lelaki ni..

    ReplyDelete
  7. Takutnya Raudzah.....Tak sangkakan....orangnya bukan tak berilmu tp tulah bila kewarasan telah di ambil alih ....jadilah perkara cenggitu....moga dijauhkan

    ReplyDelete
  8. Kelar lagi???... Cerita kelar mengelar ni macam dah biasa dah pulak... bukan Islam kut pensyarah tu... Bunuh diri, tak cium bau syurga ...

    ReplyDelete
  9. kerja pensyarah, bila fikiran menjadi tidak waras, mcm2 perkara akan terjadi...

    ReplyDelete
  10. manusia sekarang ramai yang sakit jiwa agaknya.. menabung semua keluar burung biru..

    ReplyDelete
  11. kelar manusia dah macam kelar leher ayam je skg neh..dah takde sense of humanity dah manusia skg neh...

    ReplyDelete
  12. bila dah tak boleh berfikir secara waras, macam-macam boleh terjadi

    ReplyDelete

Designed By