Siapa Individu Misteri Dalam Pesawat MAS MH370 ?
Pesawat MAS MH370
Individu Misteri Dalam Pesawat MAS MH370
Dua individu misteri disyaki menaiki Pesawat MAS MH370 yang hilang. Individu pertama menggunakan identiti warga Itali, Luigi Maraldi manakala yang kedua menggunakan identiti warga Austria, Christan Kozel.
Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan yang selamat dan tidak menaiki pesawat yang dikatakan hilang. Kedua-dua mereka turut mengesahkan bahawa passport mereka telah dicuri sewaktu bercuti di Thailand. Luigi mengesahkan passportnya telah dicuri pada Ogos tahun lalu, manakala Christan Kozel mengesahkan passportnya hilang kira-kira dua tahun yang lalu.
Jadi persoalannya siapakah dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370?
Kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari
pantai Tok Bali, Kota Baru, Kelantan yang disyaki milik pesawat MH370
Tumpahan Minyak Di Kesan Di Luar Pantai Vietnam
Dalam perkembangan yang lain, Jabatan Penerbangan Awam Vietnam melaporkan bahawa mereka telah mengesan dua tumpahan minyak
yang besar sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. Tumpahan itu kelihatan seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Ianya dipercayai milik pesawat MAS, MH370 yang hilang.
Pesawat MAS MH370 Berpatah Balik
Pihak berkuasa juga turut mengesahkan pesawat MH370 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud
ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemungkinan besar pesawat
tersebut ingin berpatah balik ke KLIA. Katanya, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas
pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.
Juruterbang kebiasaannya akan memaklumkan kepada menara kawalan sebelum membuat tindakan sedemikian. Namun dalam kes ini, tiada sebarang komunikasi atau isyarat dari MH370 kepada menara kawalan," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi
wohohoho
ReplyDeleteteruknya kawalan keselamatan di KLIA.
ReplyDeleteAbe Kie... nampak sangat manusia ni boleh merancang pelbagai benda itu dan ini, hebat pelbagai... tapi tu lah... Perancangan Allah Maha Hebat... Bila merancang yang tak bersandar kepada kuasa Allah... memang terhantuk teruk... (based on pengalaman diri bila rasa macam hebat sangat...)
Deleteemm,hopefully cepat2 la slesai misteri mh370 ni..huhu..xbley dduk diam slagi xslesai..
ReplyDeleteAllah... sedihnya dengan kejadian dan misteri kejadian ni... macam-macam... kita baru cerita bersyukur dengan negara kita yang aman dan bangga dengan negara kita... Allah uji pulak dengan insiden macam ni
ReplyDeleteSemoga segala urusan dipermudahkan..aamiin
ReplyDeleteHanya Allah jua yg mengetahui... wallahualam...
ReplyDeleteharap pesawat tu akan ditemui
ReplyDeleteAllah saja yg mengetahui nya... agar pesawat cepat ditemui
ReplyDeleteYa Tuhanku selamatkan mereka ini semua. mudahkan urusan mereka hendaknya.
ReplyDeleteeducaton British Council empat hari di sana yer
ReplyDeletemcm2 spekulasi yg keluar skrg ni.. hmm
ReplyDeletepelbagai kemungkinan yang berlaku.. kita doakan semoga semuaya selamat..
ReplyDeleteJangan berhenti berharap dan teruskan berdoa agar pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya ditemui.
ReplyDeletedoakan yg terbaik je buat mereka
ReplyDeletespekulasi buat kita pening... adoiiii...
ReplyDelete