Breaking News

Saturday, March 8, 2014

Terkini: Pesawat MAS MH370 Terhempas Ke Dalam Laut ?

            
Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MAS dikesan pada awal pagi Sabtu

Pesawat MAS MH370 Terhempas Ke Dalam Laut


Pesawat MAS MH370 Terhempas Ke Dalam Laut. Itulah laporan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Vietnam dan juga China. Mengikut laporan, Tentera Laut Vietnam telah mengesahkan bahawa pesawat MH370 dari KL - Beijing terhempas ke dalam laut.

Akhbar harian Vietnam, Tuoi Tre dan agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa Laksamana Tentera Laut Vietnam Ngo Van Phat mengesahkan rekod radar tentera menunjukkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut, di kawasan 153 batu ke Selatan pulau Phu Quoc. Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.

Pihak berkuasa China dan Malaysia telah menghantar kapal menyelamat maritim untuk membantu mengesan pesawat yang hilang. Walaubagaimana pun sehingga petang ini tiada sebarang pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak yang terlibat.

Senarai Penumpang Pesawat MAS  MH370


Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:

Senarai Penumpang


Embedded image permalink
Baru hantar anak kat KLIA. Kali ni dtg balik dgn rasa berbeza. 
Kuatkan ibu & keluarganya Ya Allah 

Waris Pesawat MAS Akan Di Bawa Ke Lokasi Rahsia?


Di fahamkan waris penumpang pesawat MH370 telah diminta untuk berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 petang tadi. Mereka diminta untuk membawa bersama pasport antarabangsa untuk diterbangkan ke lokasi rahsia.

P/s: Doakan yang terbaik untuk mereka.



Source

14 comments:

  1. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan..hanya mampu berdoa untuk mereka semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah puteri...semoga keajaiban berlaku

      Delete
  2. sedihnya bila nina tgk muka2 keluarga mangsa.. semoga mereka bersabar sementara menunggu laporan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah beri mereka kekuatan untuk menghadapinya...

      Delete
    2. Doa terbaik juga... semoga Allah beri kekuatan, ketabahan kepada mereka menghadapi ketentuanNya... Sesungguhnya Allah Taala lebih tahu atas segala rancanganNya...

      Delete
  3. Sama2 kta berdoa agar semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. Satu insiden yang memang tak tahu nak describe macamana... especially sesuatu yang kita memang tak pernah jangka... kalau jadi kat keluarga saya pon pasti tak tahu nak berfikir macamana... Lepas dengar berita pesawat tu hilang, terus saya teringat kat anak saudara yg kerja pramugara MAS and terus telefon dia.. Alhamdulillah dia jawab..means dia tak naik flight tu. Tahap tu lah reaksi bila dapat tahu berita tu... Allahuakbar...
    Tapi sebab ni semua atas kuasa dan kehendak Allah... selagi tak tahu macamana keadaannya, kita boleh masih berdoa kepada Allah Taala minta suatu yang miracle atas kuasa Dia... Allahualam bissawab... memang sedih dan terkedu dengan kejutan ini.

    ReplyDelete
  5. Aamiin.. sedih bila terbaca status tu...

    ReplyDelete
  6. Tiada kepastian sgla berita stkat ni... Doakn yg terbaik utk mereka..

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya dilindungi oleh Allah..

    ReplyDelete
  8. Hanya mampu mendoakan yg terbaik buat mereka...

    ReplyDelete
  9. Hanya dengan bantuan Allah segala misteri ni tersingkap.. Moga semuanya akan berakhir secepat mungkin, In shaa Allah

    ReplyDelete

Designed By