Breaking News

Wednesday, March 26, 2014

Tragedi RM2.50

 
Hanya Kerana ABC

Tragedi RM2.50


Tragedi RM2.50. Inilah dunia akhir zaman. Hanya kerana tidak mendapat RM2.50 untuk membeli Air Batu Campur (ABC), seorang anak perempuan yang berusia 30 tahun, tergamak memukul bapanya seorang warga emas yang mengalami strok hingga menyebabkan kecederaan.

Beliau yang tidak bekerja, didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. Semasa hukuman dijatuhkan, beliau tidak menunjukkan sebarang reaksi berbanding dengan bapanya yang mengalirkan airmata kesedihan. Kerasnya hati dia...

Cederakan Bapa Kerana RM2.50

Tidak sanggup melihat anaknya dipenjara, warga emas tersebut memohon untuk menarik balik dakwaannya, namun ditolak oleh mahkamah kerana menganggap perbuatan anak perempuannya itu keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. Hanya kerana RM2.50, sanggup mencederakan bapa sendiri.

Kebiasaannya kita mendengar atau terbaca yang melakukan perbuatan samseng ni adalah anak lelaki. Seperti kisah yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ni yang mana seorang remaja yang berusia 17 tahun memukul, meludah dan memaki hamun ibunya kerada gagal mendapatkan duit untuk membeli dadah. Namun dunia sudah berubah, anak perempaun juga boleh bertindak diluar batas kemanusiaan. Semoga kita bukan salah seorang daripadanya.


Source

20 comments:

  1. sanggupnya dia Raudz..hanya kerana rm2.50..

    klik2 sini ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah sedihkan mama..thanks for the clicks..

      Delete
  2. alahai sanggup buat sebegitu kepada ayah sendiri...mudah-mudahan kita menjadi anak yang baik kepada kedua orang tua kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dijauhkan Puteri..tak takut ke dia orang ni?

      Delete
  3. Sanggup dia pukul ayah dia sendiri.. sebab yg pekara yg remeh sangat...hurmm...mudah-mudahan menjadi iktibar dan pengajaran buat semua orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita tak jadi macam tukan MC..

      Delete
  4. subhanallah ! anak akhir zaman ...

    ReplyDelete
  5. Kakak baca semalam kes ini dik. Sedih bila tengok muka di bapa sedang mengesat airmata. Tambah sakit hati wanita itu buat muka selamba aje.. anak jenis apa kakak pun tak tahu sedangkan kita yg melihat bagai nak luruh airmata.

    Kian ramai anak derhaka adalah tanda-tanda bumi kita kian uzur...

    ReplyDelete
  6. rasa anaknya mental kot...x mungkin seorang wanita yang berumur 30 tahun boleh bertindak demikian jika dalam keadaan normal.

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, issh2 tak patut tak patut.

    awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Minta dijauhkan la perangai cenggini kat kaum keluarga kita kan...

    ReplyDelete
  9. Org mcm ni kena 12 bulan mcm tak de.. anak derhaka sungguh. Mmg kena cuci otaknya habis2an.. mmg geram...

    ReplyDelete
  10. umur dah 30 pun x mampu nak fikir...akal x ada ke apa?? geram membacanya...

    ReplyDelete
  11. melampau betul macam tu.. tanda-tanda akhir zaman memang begitu..

    ReplyDelete
  12. dia tak kerja... duduk dengan ayah dia yang sakit... so mintak duit Rm2.50 untuk beli ABC... dan umur dia dah masuk 30 tahun... (mungkin tak ada suami... harus tak ada anak... ) bangsa apa ni? Islam ke tak? Allahuakbar... pelbagai perkara misteri akhir-akhir ni...

    ReplyDelete
  13. astghfirullah... tak tahu la apa nk jadi... huhu

    ReplyDelete

Designed By