Adab Bersedekah Dalam Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzNMUVVV5oUspcdWHq2KnYSxn8RM0ZMeIsNVAwdnCvt6sS31xENMg2l7HFOUKzHLwZr_LjokssTw5vvgx7jdGsl4MzGPVgEjKzXKLvByTmRsqDzDedjQHqLizLa40crSguhGISBi6hcwc/s400/sedekah_1.jpg
Sedekah Yang Ikhlas

Adab Sedekah Dalam Islam


Sedekah adalah pemberian ikhlas kepada seseorang tanpa mengharapkan sebarang pembalasan. Sedekah  yang ikhlas membuka pintu rezeki, menolak bala dan memanjangkan umur seseorang. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberi sumbangan.

Sedekah Kepada Yang Dekat Dengan Kita


Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik-beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Keutamaan bersedekah haruslah dimulakan dengan diri sendiri, isteri, anak, orang gaji, saudara-mara dan seterusnya mereka-mereka di luar sana yang memerlukan. 

Dan jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, adalah lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk di negara luar.

Sedekah Barang Kesayangan


Jika kita bersedekah dengan menggunakan barangan, berilah sesuatu yang menjadi kesayangan kita atau yang setaraf dengannya.

Ini bertepatan dengan firman Allah, Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan: 92)

Oleh itu, jika berniat memberi makanan kepada jiran, elok memberi makanan yang sama dengan apa yang kita makan. Contohnya, kalau beli kepala ikan, pastikan yang sedekahkan itu juga kepala ikan bukannya isi ikan atau sesuatu yang kita sendiri tak mau makan.

Sedekah Yang Tidak Di Hebahkan


Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. 

Allah juga telah memaklumkan perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”

Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal Semua.

1. Rahsia Wanita 

(Source)

Comments

  1. insyallah..walau tak mampu banyak,sedikit pun jadilah ikut kemampuan...

    ReplyDelete
  2. Nice info... Berilah walaupun sedkit...

    ReplyDelete
  3. Ada banyak adab juga dalam bersedekah yang penting tidak menghebahkan tentang sedekah yang kita lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bahrain..kita ni manusia yang lemahkan..ditakuti mendatangkan riak..

      Delete
  4. alhamdulilah, perkongsian yg bagus di hari yg mulia.. salam jumaat kak.. klik2 nuffnang sikit2.. :-)

    ReplyDelete
  5. Senyum juga merupakan sedekah... sekurang2nya untuk memulakan perbualan atau pun menunjukkan kita bukanlah jenis orang yang sombong...

    ReplyDelete
  6. merahsiahkn sedekah..itulah yg sebaiknya...

    ReplyDelete
  7. insyaAllah.. tetap bersedekah walaupun tak banyak..

    ReplyDelete
  8. bekalan kita nanti !

    ReplyDelete
  9. salam jumaat..
    terima kasih ats pkongsian..sangat bermakna skali..
    klikx2

    ReplyDelete
  10. sangat bermanfaat artikel ini.. bersama kita mengamalkannya.. libresse, komli, digi.. :D

    ReplyDelete
  11. Pendapat idah... apa pun segalanya pada niat kita... contohnya bila kita bersedekah atau membantu orang susah atau memberi duit kepada ibubapa kita... sebaiknya tunjukkan kepada anak2 kita... supaya apabila mereka besar nanti... mereka tidak akan kekok untuk melakukannya kerana mereka sudah biasa melihat ibubapa mereka buat... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kita setuju acik idah..semuanya bergantung kepada niat kan. Mungkin Allah tau hati manusia ni agak rapuh. Itulah sebabnya di galakkan untuk sembunyi kot,. Takut datangnya riak... nanti pahala yang sedikit dah jadi dosa..

      Delete
  12. Sedekah sebenarnya adalah satu amalan yg tak merugikan.. in shaa Allah.. pasti peroleh kebaikan yg sebaik2nya..
    3x fiesta..

    ReplyDelete
  13. sedekah ikut kemampuan..

    ReplyDelete
  14. Sedekah tanpa sipenerima mengetahui...tapi nak bagitau juga, saya sedekah klik iklan...hehe

    ReplyDelete
  15. insyaAllah akan cuba diamalkan...walaupun sedikit jumlahnya...

    ReplyDelete
  16. Ada ke yg mahu bersedekah..
    Sedangkan org yg saya kenal dan th status dan masalah saya pn xmahu menolong.. Mlh menjauhkan diri..
    Mungkin sy tgh ssh.. Ms senang sume cam semut yg mengerumuni gula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ninie...kalau naka share boleh kongsi disini atau pm kat FB/fanpage atau contact form kat atas tu..In Shaa Allah mungkin ramai yang akan bantu..

      Delete
    2. Ntah la. Sy rs da putus asa sgt. Lg2 bile org melayu kite pulaukan sy bile sy perlukan pertolongan. Rs terkilan sgt la. Org yg kite knl rapat pn leh jauhkan diri pe lg sy leh wat. Nk mnta bantuan dr org yg xpnh kite kenal lg la ssh. Redha je la.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat