BR1M Gagal?

 
 BR1M Gagal?

BR1M Gagal?


Info serius yang ingin kongsikan dengan pembaca Blog Santai adalah mengenai BR1M yang dikatakan gagal mencapai objektif meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya. Penerima BR1M dikatakan menyalahgunakan duit pemberian tersebut untuk berjudi dan juga membeli barangan-barangan yang tak sepatutnya.

Bagi kita kenyataan Tengku Adnan ni, bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya memang berlaku disekeliling kita. Bukan hanya BR1M tapi bantuan-bantuan lain juga seperti voucher buku yang dihabiskan untuk membeli majalah hiburan yang tak sepatutnya. Hmm..

Penerima BR1M 90% Melayu


Bila jadi macam ni siapa yang harus dipersalahkan? Selalunya perkara ini terjadi kerana kebiasaan. Bila kita dapat duit secara senang, ia juga selalunya akan hilang dengan senang. Kita tidak akan benar-benar menghargai pemberian tersebut. Dan harus dingat hampir 90% penerima BR1M adalah kaum melayu yang dikatakan jauh ketinggalan dari segi ekonomi.

Mungkin kejadian di atas bukanlah majoriti, tapi mungkin ada baiknya kerajaan membuat post-mortem tentang pemberian BR1M ini, sebelum meningkatkan lagi jumlah pemberian yang akan diberi secara bulanan. Apakah pemberian BR1M mampu meningkatkan lagi taraf ekonomi orang Melayu atau sebaliknya.
 

Comments

  1. susah nak komen benda2 macam ni, kan !

    ReplyDelete
  2. ermmmm stuju..Apa gunaya BRIM kalau barang pun nak..sama juga bohong kan? hee

    ReplyDelete
  3. tak boleh nak komen pulak dear...sebab duit dah sampai kat tangan orang kan? jadi itu bergantung sama ada orang tu salah gunakan ataupun tidak...and another factor...kena kaji betul2 lah nak bagi pada siapa dan tak bagi pada siapa...ada yang layak dapat tak dapat, ada yang tak layak dapat, dapat... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. brim kalau dapat memang rezeki sungguh

    ReplyDelete
  5. semoga yang dapat guna jalan elok yer. ketuk2 ;)

    ReplyDelete
  6. Semoga bermanfaat bagi yg menerimanya..

    ReplyDelete
  7. Memang le gagal, bagi Rm 650 setahun!! sebab itu, dibawa duit tu pergi berjudi.
    Minta kerajaan Bagi BR1m setiap bulan, mulai januari tahun depan dengan RM 3,100.00 sebulan, barulah cukup, barulah adil. Setahun baru RM 37,200.
    650 cuba bahagi 12, dapat berapa 54.16 sebulan! nak makan apa!

    ReplyDelete
  8. perkara yg sudah dijangak tapi nak juga bagi ... inti jer lepas . 2 lagi gagal ...

    ReplyDelete
  9. Hmm... Jika org yg berfikir dan tahu hukum dia tak kan mohon brim wpun layak...jika dia ada kemampuan utk cari rezeki ...berilah rezeki brim pd yg betul2 layak...

    ReplyDelete
  10. Mmg dari awal org biasa pun boleh congak yg peratus kegagalannya lebih tinggi dari berjaya...tak salahlah klu org cakap yg brim tu publisiti politik.. nak menidakkan benda yg simple congakannya... brim mmg membazir.. bukan itu cara yg baik utk meringankan beban org susah.. belajar tinggi2 takkan tak tau.. turun padanglah....

    ReplyDelete
  11. bila dah ramai yg terima....mcm2 perangai la...ada yg guna secara betul dan sebaliknya..

    ReplyDelete
  12. tu la..sayanglah kalau macam tu..

    ReplyDelete
  13. dari segi tu memang gagal..dari sgi lain berjaya... :D

    ReplyDelete
  14. tak tau nak cakap ape...hmmm...

    ReplyDelete
  15. wishper ;)

    kesian admin ketuk cc tak ada apa2 ker :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat