Cara Senang Untuk Menyembuhkan Penyakit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgmGNqxli-Mo-girpx8HPQtfxQDihCRoDmlzEPhluZH-NxtF_IILbTbsoZ4ozI1dZAeZAAxUYshRCmZKws4wMNTn1zuWNLnnEHq6Px0o_5UhR6KN3HQFCO23b7tJDhvGLCB7F3Po6MMR14/s1600/Bila+sakit.jpg
Sakit Penghapus Dosa

Cara Untuk Menyembuhkan Penyakit


Koleksi Renungan Pagi Blog Santai, ingin berkongsi salah satu cara senang untuk menyembuhkan penyakit dalam islam. Kesakitan atau penyakit adalah ujian Allah kepada setiap makhluk yang bernyawa. Sakit dan musibah yang datang kepada kita, mengandungi hikmah yang merupakan rahmat dari Allah Ta’ala.

Namun sayangnya,  kita jarang melihat penyakit itu sebagai satu hikmah. Yang selalu kita lihat sakit itu adalah beban. Sebab itu bila sakit, kita selalu mengeluh bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Kalaulah kita tau, betapa besarnya hikmah disebalik penyakit yang Allah turunkan kepada kita, pastinya kita akan bersyukur apabila diberikan kesakitan. 

Rasulullah S.A.W, bersabda:“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb6ro9DQJsD44Q6jRBH27LaKgzwh4jYctPX4nha-f43OOZ670qSMYKU3TFmdOOeT3gzd9AlHgQqmL-rYLqWXuo52-MKEvE80R8N8Isa5A0bH6S-9zQY0DYp5I-e6Kp78H5G7tamL4nTNRG/s1600/kumbang.jpg
Cara Untuk Menyembuhkan Penyakit

Sedekah Penyembuh Penyakit


Dalam islam, kita amat digalakkan untuk bersedekah. Dan ianya menjadi lebih perlu apabila kita ditimpa kesakitan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Ubatlah sakit kamu dengan bersedekah". Namun ada juga yang mempersoalkan, kenapa dia masih belum sembuh setelah bersedekah. Salah satu sebab adalah, kita melakukannya tanpa niat. Setiap sedekah yang kita lakukan untuk tujuan penyembuhan penyakit haruslah benar-benar ikhlas dan diniatkan secara jelas untuk menyembuhkan penyakit tersebut. 

Salah satu kisah yang pernah kita kongsikan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa sedekah, adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk menyembuhkan seseorang daripada penyakit yang dideritai. Pada yang dah lupa, baca kisah ini ya: Sedekah Untuk Si Koma

Comments

  1. bila sakit Alhamdulillah... sbb tu tnda Allah tegur dan syg kita... :)

    ReplyDelete
  2. salam ; jadilah seorang dermawan sebab sikap dermawan akan membahagiakan dan melapangkan dada . Orang yang bakhil akan sempit dadanya dan hatinya gelap.

    terima kasih kerana mengigatkan tentang kebaikan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. in shaa Allah. akan selalu ingat bersedekah itu menyembuhkan penyakit. thanks sharing. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... t kasih atas peringatan & perkongsian ini Raudzah..
    3x digi..

    ReplyDelete
  5. Kita menghargai kesihatan bila kita pernah merasai sakit.. mungkin Allah menurunkan sakit untuk kita terus merasa syukur dgn kesihatan yg dipinjamkn

    ReplyDelete
  6. terima kasih raudzah atas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Benar sekali...bersedekah menyucikan harta dan diri. Insyaallah penyakit juga akan segera sembuh.

    ReplyDelete
  8. sekurang-kurangnya bila kita sakit , baru kita sedar & hargai kesihatan
    yg perlu dijaga...
    thanks sharing good info...

    ReplyDelete
  9. info menarik ni bolehalah kita cuba amalkan !

    ReplyDelete
  10. Good sharing... semoga apabila kita bersedekah... kita bersedekah dengan niat hanya keranaNya... apabila kita manfaatkan diri kita kepada masyarakat... kita manfaatkannya hanya keranaNya... insya allah ada ganjarannya... :D

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang menarik..banyak-banyaklah bersedekah..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah...besarnya rahmat dan kasih sayang Allah

    ReplyDelete
  13. bersyukur kerana diberikan ujian sakit.. terima kasih di atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  14. bagus perkongsian ini...semuanya ada hikmah. :)

    ReplyDelete
  15. thanks for sharing raudzah... libresse 2x :)

    ReplyDelete
  16. peringatan utk semua..alhamdulilah...tq kak

    ReplyDelete
  17. Tidak syak lg sedekah menyembuhkan penyakit.. hikmah sakit pula kita didekatkan Allah kpdNya...

    ReplyDelete
  18. Tidak syak lg sedekah menyembuhkan penyakit.. hikmah sakit pula kita didekatkan Allah kpdNya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat