Breaking News

Saturday, April 5, 2014

MH370: Dua Isyarat Kotak Hitam Di Kesan China

Dua Isyarat kotak hitam dikesan China 
  Isyarat Kotak Hitam Di Kesan China

Dua Isyarat Kotak Hitam Di Kesan China 


Hari ini, genap 30 hari kehilangan misteri MH370. Biarpun tiada sebarang berita yang mengembirakan sejak pencarian mH370 bermula, namun dua isyarat yang dikesan kapal peronda China Haixun 01 semalam memberikan sedikit harapan kepada kumpulan SAR. Isyarat yang dikesan tersebut dikatakan konsisten dengan isyarat yang dipancarkan oleh kotak hitam milik pesawat. 

Isyarat getaran yang pertama dengan frekuensi 37.5 kHz di kesan selama 30 saat pada pagi sabtu, di kawasan carian pesawat penerbangan MH370, kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur. Isyarat getaran yang kedua pula dikesan pada jam 2.0 petang semalam. Isyarat kedua lebih panjang dengan getaran selama 90 saat. Ianya dikesan 2 km dari lokasi isyarat yang pertama.

 objek terapung dikesan china 
Objek Putih Terapung



Objek Putih Terapung Turut Di Kesan 


Selain daripada dua isyarat di atas, beberapa objek putih turut dikesan terapung di permukaan air, kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan itu. Walaubagaimanapun kedua-dua isyarat dan juga objek putih terapung tersebut belum dipastikan milik MH370.

Pihak JACC telah menggerakkan HMS Echo dan Ocean Shield milik Australia ke kawasan yang dipercayai Isyarat Kotak Hitam tersebut dikesan untuk membuat pengesahan lanjut.

 
Pengesahan Isyarat Kotak Hitam


Embedded image permalink  
Tiga Isyarat Kotak Hitam

Terkini: Tiga Isyarat Kotak Hitam Di Kesan


JACC sahkan 3 isyarat 'pulse' kotak hitam dikesan termasuk 2 oleh kapal China & 1 Ocean Sheild 72 jam yang lalu. Doakan yang terbaik untuk proses pencarian MH370. Semoga misteri kehilangan MH370 terungkai.

12 comments:

  1. Moga apa yg dikesan boleh bawa berita di sebalik semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah IN. Doakan yang terbaik.

      Delete
  2. Allahuakbar... sekali ingat memang nak sangat supaya jumpa kotak hitam tu ...tapi bila dapat tahu signal datang dari kawasan tu...rasa sedih pulak... macam harap yang tu bukan kotak hitam MH370... tak nak lah kotak hitam tu jumpa kat laut... sedihnya... sedih sangat sangat ni... kalau betul kotak hitam tu milik MH370, memang sedih sangat-sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed wafa. Sedih dan gembirakan. Harap-harap ada yang lebih baik menanti. Sometimes I was hoping konspirasi teori tu betul..Boleh tak? He..he..Hanya MH370 yang terjunam. Penumpang selamat...

      Delete
  3. Semoga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan urusan mereka...

    ReplyDelete
  5. Semoga terungkailah segala misteri ini... aamiin...

    ReplyDelete
  6. Masih mengharapkan keajaiban... Misteri tetap misteri!

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan terjawab semua spekulasi.

    ReplyDelete
  8. moga segalanya menjadi jelas..terjawab persoalan,terbongkar misteri dan terhenti spekulasi..

    ReplyDelete

Designed By