Skip to main content

PM Tawar Letak Jawatan

http://stat.ks.kidsklik.com/statics/files/2011/01/1295191269611800753.gif 
Perletakan Jawatan Pilihan Terbaik?

PM Tawar Letak Jawatan


Info serius pilihan Blog Santai di pagi minggu ini adalah tawaran perletakan jawatan oleh dua Perdana Menteri (PM) yang berlaku dalam minggu ni. 

Rami Hamdallah
  PM Palestin, Rami Hamdallah

PM Palestin Tawar Letak Jawatan


Tawaran pertama datangnya dari PM Palestin, Rami Hamdallah. Beliau menwarkan diri untuk meletak jawatan setelah pihak Israel tidak mau meneruskan rundingan damai dengan palestin kerana mengangggap pentadbiran Rami Hamdallah membenci Israel dan ingin menghapuskannya. Demi menyelamatkan ribuan nyawa di Palestin, Rami Hamdallah rela meletakkan jawatan bagi membuka jalan rundingan damai di antara Presiden Mahmoud Abbas dan Hamas.

 http://english.chosun.com/site/data/img_dir/2013/02/27/2013022700566_0.jpg
 PM Korea Selatan, Chung Hong-won

PM Korea Selatan Tawar Letak Jawatan


Tawaran kedua datangnya daripada PM Korea Selatan, Chung Hong-won. Beliau telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan kerana ramai yang berpendapat pentadbiran beliau tidak melakukan tindakan yang memuaskan dalam menangani tragedi feri karam yang telah menyebabkan lebih 300 orang mati dan masih hilang. Sebagai menggalas tanggungjawab ini, beliau menawarkan diri untuk meletak jawatan.

Tidak Letak Jawatan Walau Gagal


Bila terbaca dua tawaran di atas, kita dapat rasakan mereka-mereka ini adalah antara insan terpilih yang sangat bertanggungjawab. Meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. Bukan perkara mudah yang boleh dilakukan oleh semua orang. Ramai yang tidak tidak mahu turun dari jawatan sekalipun mereka gagal memberikan khidmat yang terbaik. Ini bukan hanya terpakai kepada PM, tetapi juga kepada jawatan-hawatan yang lain.

Letak Jawatan Pilihan Terbaik?


Walaubagaimanapun persoalannya adakah perletakan jawatan pilihan yang terbaik? Adakah ianya jawapan kepada semua masalah. Mungkin ia dan mungkin tidak. Namun apabila kita memegang sesuatu jawatan, kita harus tau kemampuan kita. Kita harus mencuba untuk memberi yang terbaik. Jika telah diberi peluang tetapi gagal bertindak atau menggunakan peluang yang diberikan, perletakan jawatan adalah yang terbaik. Mungkin ada yang lebh baik daripada kita yang boleh melaksanakan tugas tersebut.

Comments

  1. Tu yang dikatakan gentleman... jawatan tu adalah tanggungjawab, tak ada kepentingan diri... kalau ada pencabar yang mungkin lebih baik... mungkin lebih baik letak jawatan... dan tawakkal alallah... macam PM paletin tu. Macam PM Korea tu, mungkin situasi kat sana berat sangat untuk dia pikul tanggungjawab sebagai PM tu atau budaya dia dah macam tu.. if you fail.. you step down, give the chance to others...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup mungkin juga Wafa..rasanya itu adalah budaya dia orang..berani ambil tanggunggujawab berani tanggung..

      Delete
  2. ingatkan PM najib yg nak letak jawatan..suspen sekejap..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Satu perkara yang baik untuk dilakukan bagi memberi ruang kepada mereka yang yang layak berkepimpinan terutamanya dalam menangani masalah negara dan juga rakyat. Semuanya demi kebaikan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita agak setuju Bahrain..kalau itu yang lebih baik..

      Delete
  4. mungkin cara tu yang terbaik bagi negara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita rasa itu yang sebaiknya untuk semua orang. bearani mengambil tanggungjawab..

      Delete
  5. kadang2 meletakkan jawatan tak boleh nk selesaikan masalah negara. huhu.
    nasib baik bukan PM kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nina..kadangkala bukan salah dia orang pun, cuma keadaan tak menyebelahi mereka..

      Delete
  6. Hmm... Dah jadi masalah baru nak letak jawatan.. Rasanya klu itu situasinya bukan sesuatu yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebelum tu dia orang ingat apa yang dia orang buat adalah terbaik..macam palestin tu..tapi tulah mungkin ada cara lain yang lebih baik kot..

      Delete
  7. Power comes with responsibility...

    ReplyDelete
  8. Bagus tu.. sekurang2nya beri peluang kpd yg lain utk kebaikan semua.. bukan duduk berdekad2 dgn alasan ala2 hero...

    ReplyDelete
  9. rasenya lebih baik beliau selesaikan masalah dulu, sebelum letak jawatan tu..

    ReplyDelete
  10. mereka ada rase tanggungkawab walaupon bukan salah mereka...disebabkan mereka adalah ketua negara..maka mereka pikul tanggungjawab itu dgn meletak jawatan dan beri jawatan itu kepada org lain untuk mentadbir negara...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat