PM Tawar Letak Jawatan
Perletakan Jawatan Pilihan Terbaik?
PM Tawar Letak Jawatan
Info serius pilihan Blog Santai di pagi minggu ini adalah tawaran perletakan jawatan oleh dua Perdana Menteri (PM) yang berlaku dalam minggu ni.
PM Palestin, Rami Hamdallah
PM Palestin Tawar Letak Jawatan
Tawaran pertama datangnya dari PM Palestin, Rami Hamdallah. Beliau menwarkan diri untuk meletak jawatan setelah pihak Israel tidak mau meneruskan rundingan damai dengan palestin kerana mengangggap pentadbiran Rami Hamdallah membenci Israel dan ingin menghapuskannya. Demi menyelamatkan ribuan nyawa di Palestin, Rami Hamdallah rela meletakkan jawatan bagi membuka jalan rundingan damai di antara Presiden Mahmoud Abbas dan Hamas.
PM Korea Selatan, Chung Hong-won
PM Korea Selatan Tawar Letak Jawatan
Tawaran kedua datangnya daripada PM Korea Selatan, Chung Hong-won. Beliau telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan kerana ramai yang berpendapat pentadbiran beliau tidak melakukan tindakan yang memuaskan dalam menangani tragedi feri karam yang telah menyebabkan lebih 300 orang mati dan masih hilang. Sebagai menggalas tanggungjawab ini, beliau menawarkan diri untuk meletak jawatan.
Tidak Letak Jawatan Walau Gagal
Bila terbaca dua tawaran di atas, kita dapat rasakan mereka-mereka ini adalah antara insan terpilih yang sangat bertanggungjawab. Meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. Bukan perkara mudah yang boleh dilakukan oleh semua orang. Ramai yang tidak tidak mahu turun dari jawatan sekalipun mereka gagal memberikan khidmat yang terbaik. Ini bukan hanya terpakai kepada PM, tetapi juga kepada jawatan-hawatan yang lain.
Letak Jawatan Pilihan Terbaik?
Walaubagaimanapun persoalannya adakah perletakan jawatan pilihan yang terbaik? Adakah ianya jawapan kepada semua masalah. Mungkin ia dan mungkin tidak. Namun apabila kita memegang sesuatu jawatan, kita harus tau kemampuan kita. Kita harus mencuba untuk memberi yang terbaik. Jika telah diberi peluang tetapi gagal bertindak atau menggunakan peluang yang diberikan, perletakan jawatan adalah yang terbaik. Mungkin ada yang lebh baik daripada kita yang boleh melaksanakan tugas tersebut.
Tu yang dikatakan gentleman... jawatan tu adalah tanggungjawab, tak ada kepentingan diri... kalau ada pencabar yang mungkin lebih baik... mungkin lebih baik letak jawatan... dan tawakkal alallah... macam PM paletin tu. Macam PM Korea tu, mungkin situasi kat sana berat sangat untuk dia pikul tanggungjawab sebagai PM tu atau budaya dia dah macam tu.. if you fail.. you step down, give the chance to others...
ReplyDeleteYup mungkin juga Wafa..rasanya itu adalah budaya dia orang..berani ambil tanggunggujawab berani tanggung..
Deleteingatkan PM najib yg nak letak jawatan..suspen sekejap..hehehehe..
ReplyDeleteKasi suspen ya sis..he..he
DeleteSatu perkara yang baik untuk dilakukan bagi memberi ruang kepada mereka yang yang layak berkepimpinan terutamanya dalam menangani masalah negara dan juga rakyat. Semuanya demi kebaikan rakyat dan negara.
ReplyDeleteKita agak setuju Bahrain..kalau itu yang lebih baik..
Deletemungkin cara tu yang terbaik bagi negara mereka.
ReplyDeleteSebenarnya kita rasa itu yang sebaiknya untuk semua orang. bearani mengambil tanggungjawab..
Deletekadang2 meletakkan jawatan tak boleh nk selesaikan masalah negara. huhu.
ReplyDeletenasib baik bukan PM kita
Betul Nina..kadangkala bukan salah dia orang pun, cuma keadaan tak menyebelahi mereka..
DeleteHmm... Dah jadi masalah baru nak letak jawatan.. Rasanya klu itu situasinya bukan sesuatu yg baik...
ReplyDeleteMungkin sebelum tu dia orang ingat apa yang dia orang buat adalah terbaik..macam palestin tu..tapi tulah mungkin ada cara lain yang lebih baik kot..
DeletePower comes with responsibility...
ReplyDeleteBagus tu.. sekurang2nya beri peluang kpd yg lain utk kebaikan semua.. bukan duduk berdekad2 dgn alasan ala2 hero...
ReplyDeleterasenya lebih baik beliau selesaikan masalah dulu, sebelum letak jawatan tu..
ReplyDeletemereka ada rase tanggungkawab walaupon bukan salah mereka...disebabkan mereka adalah ketua negara..maka mereka pikul tanggungjawab itu dgn meletak jawatan dan beri jawatan itu kepada org lain untuk mentadbir negara...
ReplyDelete