Virus MERS-Cov Lebih Bahaya Dari SARS?

Virus MERS Lebih Bahaya Dari SARS
Virus MERS Lebih Bahaya Dari SARS

Virus MERS-Cov Lebih Bahaya Dari SARS?


Kalau semalam Slot Info Serius, Blog Santai ada berkongsi mengenai Jangkitan MERS-Cov hari ni kita ingin berkongsi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh  pihak pakar perubatan yang mengesahkan Virus Mers memiliki beberapa persamaan ketara dengan SARS. Namun Virus MERS-Cov ini amat mudah merebak serta lebih bahaya berbanding virus SARS.

Penyebaran Virus SARS


Virus SARS tersebar melalui titisan cecair. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan menyebarkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara dan mencemari individu atau objek yang berdekatan. Virus boleh kekal hidup beberapa hari jika tidak dibersihkan. Jangkitan virus SARS ini berlaku pada minggu kedua penyakit kerana tempoh tersebut merupakan kemuncak virus dikumuhkan melalui titisan cecair dan najis dan apabila penyakit yang teruk semakin reda.

Penyebaran Virus MERs-Cov


Berbeza dengan SARS, pihak pakar perubatan masih belum dapat memastikan bagaimana virus MERS.Cov ini disebarkan. Samada menerusi air liur, pernafasan atau dengan sentuhan. Namun mereka megesahkan sebahagian daripada pesakit yang dijangkiti berada di dalam kedudukan yang agak jauh di antara satu sama lain. Namun mereka masih dijangkiti. Itu yang mengahirankan ramai pakar.

Virus MERS
Virus MERS Vs SARS (Klik Untuk Besarkan Imej)

Bahayanya MERS-Cov


Penghidap MERS-Cov kebiasaannya mengalami simptom seperti demam dan batuk berlarutan selama beberapa hari dan jika tidak diberi rawatan khas, mereka akan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Langkah-Langkah Pencegahan MERS-Cov


Biarpun medium penyebaran virus MERS-Cov ini masih belum dapt dipastikan, namun langkah pencegahan SARS ini boleh digunapakai:

1. Elakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas
2. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air dan jaga kebersihan diri.
3. Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut.
4. Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
5. Jika anda berada dekat (dalam lingkungan satu meter) dengan seseorang yang mempunyai gejala MERS semasa dalam perjalanan, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk melindungi mulut dan hidung.
6. Segera dapatkan rawatan jika sakit. Maklumkan kepada pihak kesihatan jika ada yang pernah ke kawasan yang dijangkiti MERS dalam tempoh 10 hari sebelum jatuh sakit.

Comments

  1. lengkap informasi berkenaan virus mers cov di dalam artikel ini..

    ReplyDelete
  2. New and dangerous virus appears again.

    ReplyDelete
  3. baru baru yg bahaya..moga kita semua terhindar

    ReplyDelete
  4. semoga ahli keluarga kita terselamat daripada virus ini ... kasi virus nissan n michelin di sini

    ReplyDelete
  5. Mmg merbahaya & merisaukan.. semoga kita semua dilindungi Allah swt... aamiin..
    3x digi...

    ReplyDelete
  6. takutlah dengan semua ni..moga Allah sentiasa melindungi kita..

    ReplyDelete
  7. takutlah dengan semua ni..moga Allah sentiasa melindungi kita..

    ReplyDelete
  8. memang bahaya virus ni...mudah-mudahan kita semua dilindungi

    ReplyDelete
  9. macam2 virus skang ni...semoga kita semua dilindungi olehNYA..

    Digi + Inti for u :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat