Virus MERS-Cov Lebih Bahaya Dari SARS?
Virus MERS Lebih Bahaya Dari SARS
Virus MERS-Cov Lebih Bahaya Dari SARS?
Penyebaran Virus SARS
Virus SARS tersebar melalui titisan cecair. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan menyebarkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara dan mencemari individu atau objek yang berdekatan. Virus boleh kekal hidup beberapa hari jika tidak dibersihkan. Jangkitan virus SARS ini berlaku pada minggu kedua penyakit kerana tempoh tersebut merupakan kemuncak virus dikumuhkan melalui titisan cecair dan najis dan apabila penyakit yang teruk semakin reda.
Penyebaran Virus MERs-Cov
Berbeza dengan SARS, pihak pakar perubatan masih belum dapat memastikan bagaimana virus MERS.Cov ini disebarkan. Samada menerusi air liur, pernafasan atau dengan sentuhan. Namun mereka megesahkan sebahagian daripada pesakit yang dijangkiti berada di dalam kedudukan yang agak jauh di antara satu sama lain. Namun mereka masih dijangkiti. Itu yang mengahirankan ramai pakar.
Virus MERS Vs SARS (Klik Untuk Besarkan Imej)
Bahayanya MERS-Cov
Penghidap MERS-Cov kebiasaannya mengalami simptom seperti demam dan batuk berlarutan selama beberapa hari dan jika tidak diberi rawatan khas, mereka akan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
Langkah-Langkah Pencegahan MERS-Cov
Biarpun medium penyebaran virus MERS-Cov ini masih belum dapt dipastikan, namun langkah pencegahan SARS ini boleh digunapakai:
1. Elakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas
2. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air dan jaga kebersihan diri.
3. Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut.
4. Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
5. Jika anda berada dekat (dalam lingkungan satu meter) dengan seseorang yang mempunyai gejala MERS semasa dalam perjalanan, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk melindungi mulut dan hidung.
6. Segera dapatkan rawatan jika sakit. Maklumkan kepada pihak kesihatan jika ada yang pernah ke kawasan yang dijangkiti MERS dalam tempoh 10 hari sebelum jatuh sakit.
lengkap informasi berkenaan virus mers cov di dalam artikel ini..
ReplyDeleteNew and dangerous virus appears again.
ReplyDeletebaru baru yg bahaya..moga kita semua terhindar
ReplyDeletesemoga ahli keluarga kita terselamat daripada virus ini ... kasi virus nissan n michelin di sini
ReplyDeleteBahaya la..
ReplyDeleteMmg merbahaya & merisaukan.. semoga kita semua dilindungi Allah swt... aamiin..
ReplyDelete3x digi...
takutlah dengan semua ni..moga Allah sentiasa melindungi kita..
ReplyDeletetakutlah dengan semua ni..moga Allah sentiasa melindungi kita..
ReplyDeletememang bahaya virus ni...mudah-mudahan kita semua dilindungi
ReplyDelete2 libresse and 1 digi for you :)
ReplyDeletemacam2 virus skang ni...semoga kita semua dilindungi olehNYA..
ReplyDeleteDigi + Inti for u :)